Percaya atau tidak, ade seorang peserta tanya kepada saya masa program hari tu, "Encik Bahagia, permainan tradisional ni main chest ke?"
Sebab itulah, #fitnesscampforkids kali ni dirangka dengan memperkenalkan permainan-permainan tradisional seperti galah panjang, datuk hariImau dan bermacam-macam lagi yang bertujuan untuk mereka kenal permainan yang pernah kita lalui dahulu.
Lagi pun, aktiviti ini sesuai dilakukan pada waktu senggang bersama keluarga. Kalau kami tidak perkenalkan kepada mereka, pasti mereka tidak tahu jenis permainan yang pernah dimainkan oleh zaman dahulu
Kesannya, hari ni anak-anak saya ajak saya main "Datuk Harimau" dan mereka sangat gembira.
Biarlah kemajuan IT ini diseimbangkan dengan aktiviti fizikal agar
1. Permainan tradisional tidak hilang ditelan zaman
2. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
3. Mengurangkan masalah obesiti dikalangan kanak-kanak
4. Menggalakkan perkembangan fizikal yang lebih baik
5. Mengurangkan masalah postur akibat gajet
Banyak lagi info di IG @Bahagia Jemali
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
Tiada ulasan:
Catat Ulasan