Pagi tadi berjumpa dengan seorang rakan lama.. Dalam perbualan kami, ada satu perkara saya nak share tentang MAHAL vs MURAH
AA : Ko masih buat SPORTS MASSAGE lagi?
BJ : Masih.. Kenapa?
AA : Ko tau, aku ada hantar seorang VVIP (klien beliau) ke satu top SPA di JB.. Budak reception yang urut.. Adoiii..
BJ : Mana ko tau dia budak reception?
AA : Masa aku hantar klien tu, aku tunggu. Pas klien aku balik, aku macam tak puas hati. Aku tanya budak tu. Siapa yang urut, dia cakap dia urut. Siapa reception? Dia jawab dia reception, tukang urut tak sampai lagi so dia cover kejap.
Aku dah garuk kepala. Aku tanya lagi, awak dah berapa lama massage orang.. Ko agak-agak dia jawab apa
BJ : Ntah.. Setahun kot..
AA : Kalau setahun pun ampun lagi. Dia cakap dia baru belajar. Aku tanya lagi, dah tu awak buat SPORTS MASSAGE kat klien saya tadi macam mana. Ko tau apa dia jawab?? Saya YOUTUBE kejap bang
BJ : Bape dia charge?
FT : Almost RM 200 for 60min
Apa yang saya dapat rumuskan..
"Tak semestinya MAHAL itu bagus, tak semestinya MURAH tu tidak berkualiti"
--> Tips
Perkhidmatan yang melibatkan kemahiran seperti URUTAN ni sangat subjektif. PENGALAMAN dan KEMAHIRAN sahaja yang MEMBEZAKAN harga.
Dan
Selepas ni kalau nak belajar massage, g belajar melalui YOUTUBE sahaja.. hahahha
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
Tiada ulasan:
Catat Ulasan