Selasa, 1 September 2015

FITNESS CAMP UNTUK SEMUA, BUKAN OBES SAHAJA

Program FITNESS CAMP FOR KIDS ini dianjurkan untuk MENCEGAH dan MEMBANTERAS OBESITI KANAK-KANAK. Ia tidak bermaksud kanak-kanak yang tidak obes tidak boleh sertai.

TAHUKAH ANDA?
Saya difaham oleh guru-guru PJ, kanak-kanak zaman sekarang mempunyai masalah dari segi
- koordinasi pergerakan
- kurang penguasaan ruang pergerakan
- kurang tangkas
- tidak cergas
- tidak kuat

MENGAPA IA BERLAKU?
Saya percaya samada kanak-kanak yang obes atau tidak obes, mereka terdedah dengan "gajet" seperti games, media sosial, youtube dan banyak lagi.

Saya juga percaya, kalau anda mahukan anak anda duduk diam, anda berikan youtube. Betul betul?

Tapi pernah anda fikir?

1. Gajet merampas aktiviti fizikal mereka.
2. Gajet membunuh kreativiti mereka.
3. Mata mereka akan rosak akibat melihat screen terlampu lama
4. Kadang-kadang ada iklan yang menampilkan gambar wanita seksi
5. Terdapat mesej yang kurang sesuai di dalam kartun
6. Mempengaruhi perubahan postur kanak-kanak.
7. Mereka kurang mahir bersosial dialam nyata
8. Kurang keyakinan diri
9. Tidak sukakan aktiviti fizikal kerana penat
10. Pergi mana-mana, nak cari WIFI (nasib baik bukan WIFE.. Huhuhu)

--> Tips
Perkembangan kanak-kanak kini perlu seiring dengan teknologi dan SEIRING dengan aktiviti fizikal.

Lebih banyak info di IG @Bahagia Jemali

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

Tiada ulasan: