Jumaat, 11 September 2015

KEISTIMEWAAN FITNESS CAMP FOR KIDS KALI INI

FITNESS CAMP for KIDS dah masuk siri yang ke-5. Kebiasaan kem ini dibuat 3hari 2malam dan kali ni kami buat program sehari kerana ingin memberi peluang kepada yang tidak berkesempatan untuk menyertainya.

Pada kem yang lepas, saya dihubungi oleh seorang ibu yang mempunyai anak istimewa (autism). Beliau ingin menghantar anaknya menyertai kem. Syarat menyertai kem saya mudah sahaja, kanak-kanak tidak kencing malam, tidak cari ibu bapa bila nak tidur dan pandai urus diri.

Oleh disebabkan demikian, ibu tersebut mengambil keputusan untuk menangguhkan penyertaan anaknya kerana baru berumur 8 tahun.

Kali ini, saya dihubungi lagi oleh seorang ibu yang berbeza yang mempunyai anak kembar yang istimewa. Beliau ingin mendedahkan anaknya kepada aktiviti-aktiviti seperti ini.

Pada saya, selagi dia boleh menerima dan faham kepada arahan, saya tidak menolak.

Ini adalah proses pembelajaran yang sebenar untuk mereka. Menghadapi orang ramai, belajar bergaul, belajar bekerjasama dan banyak lagi. Aktiviti seperti ini dapat membina keyakinan diri mereka, semangat mereka dan mereka akan rasa diri mereka diterima oleh masyarakat.

Selain daripada itu, ia akan memberikan impak juga kepada peserta yang lain.

Apa tindakan anak anda sekiranya mereka berjumpa kanak-kanak istimewa ini?

- ada yang menjauhkan diri
- ada yang pulaukan mereka
- ada yang ejek mereka.
- ada yang buli mereka

Disinilah kami mendidik mereka agar bersyukur kerana dikurniakan sifat-sifat yang normal, belajar menghormati dan bekerjasama dengan anak-anak istimewa, menyampaikan maklumat yang betul kepada mereka agar anak-anak istimewa ini dihargai dan disayangi.

Saya sangat RESPECT kepada ibu kepada kembar anak-anak istimewa ini. Saya doakan semoga anak kembar puan menjadi orang yang HEBAT dan BERJAYA satu hari nanti!! Inshaa ALLAH..

Aaminnn

Ikuti perkembangan #fitnesscampforkids di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: