Selasa, 8 September 2015

MARTABATKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Masihkah anda ingat zaman kanak-kanak anda yang penuh dengan aktiviti fizikal?

Pelbagai jenis permainan yang anda main ketika itu. Antaranya congkak, konda-kondi, bola beracun, tarik upih, galah panjang dan banyak lagi..

TAPI...

Adakah anak-anak anda tahu permainan tradisional ini atau ianya telah ditelan zaman? Saya percaya pasti hampir 80% dari kanak-kanak tidak pernah dan ada yang tidak tahu akan permainan tradisional ini

PUNCA OBESITI KANAK-KANAK
Ini adalah salah satu punca penyumbang kepada peningkatan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan permainan maya yang tidak melibatkan aktiviti fizikal.

Ibubapa juga kurang meluangkan masa bermain dengan anak-anak mereka kerana keletihan bekerja disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi.

6 TIPS PENYELESAIAN
1. Masyarakat perlu memainkan peranan penting dan memberi pendedahan kepada agar sering melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

2. Kanak-kanak yang obes kurang berminat untuk bermain sukan, mungkin mereka malu. Kita boleh menggalakkan penglibatan mereka dengan menganjurkan pertandingan "Permainan Tradisional" dan sekaligus ianya dapat dimartabatkan.

3. Permainan tradisional ini dapat memberi banyak faedah kepada kanak-kanak antaranya dapat meningkatkan kecergasan fizikal.

4. Ia juga dapat  menggalakkan kemahiran berfikir di kalangan kanak-kanak semangat bekerjasama dalam pasukan dan banyak lagi.

5. Mereka dapat bersosial dan berinteraksi bersama rakan sebaya dan kemahiran ini penting didalam PERNIAGAAN. (Create NETWORKING)

6. Menghantar anak anda menyertai program-program yang melibatkan aktiviti fizikal.

MARTABATKAN PERMAINAN TRADISIONAL WARISAN KITA

--> Tips
Ibubapa perlu memainkan peranan untuk mencorak gaya hidup kanak-kanak generasi moden ini

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: