Ahad, 20 September 2015

SEBALIK TABIR

Walaupun program FITNESS CAMP for KIDS kali ni dijalankan hanya sehari

TAPI

Ianya sangat mencabar kepada kami.

1. Jumlah peserta yang ramai

Kami terpaksa menambah jumlah jurulatih agar nisbah antara jurulatih dan peserta tidak jauh beza.

2. Penglibatan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak berumur 4 tahun

Kami telah melantik seorang guru yang berpengalaman mengajar di Pendidikan Khas dan Guru Prasekolah bagi membantu menjayakan program kali ini

3. Cuaca jerebu

Kami maklum akan cuaca yang kurang baik untuk aktiviti luar dan kami telah merangka semula agar sebahagian aktiviti dijalankan didalam dewan.

4. Pakar

Mendapatkan tarikh yang sesuai untuk berolaborasi bersama bekas Ketua Jurulatih Tali Tinggi PLKN dan Pengakap Di Raja. Mereka sangat sibuk dengan aktiviti harian mereka.

5. "Live Telecast"

Kami sediakan laporan dari semasa ke semasa kepada ibu bapa mengenai aktiviti yang dijalankan didalam whatsapp group.

Sungguhpun begitu, semua ini adalah satu pengalaman yang berharga kepada kami.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang membenarkan anak mereka menyertai program ini.

Inshaa ALLAH kami jalankan tanggungjawab kami dengan baik dan sentiasa membimbing mereka untuk sentiasa suka melakukan aktiviti fizikal dan memerangi OBESITI dikalangan kanak-kanak.

--> Tips
Pendedahan bahaya OBESITI perlu dilakukan dari kanak-kanak

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: