Rabu, 2 September 2015

KANAK-KANAK OBES.. COMEL KE?

Pernahkah anda terfikir...

- apa perasaan anak anda sekiranya dia obes?
- apa perasaan mereka ketika membeli pakaian?

Kerana di Malaysia, apabila kanak-kanak ni BAM BAM, kita cakap mereka COMEL..

TAPI

Adakah mereka SERONOK dilabelkan seperti itu apabila dewasa nanti?

Kisah Aminah (bukan nama sebenar) ini adalah kisah anak kepada rakan saya.

Satu hari, saya pernah bertanya kepada beliau, kenapa tidak memakai pakaian kanak-kanak perempuan seperti baju blouse Frozen, Barbie dan lain-lain.

"Baju tak muat cik. Saya punya baju semua saiz besar. Kena pakai saiz pakaian budak sekolah menengah"

Saya terdiam dan terdetik dalam hati, kalaulah Aminah dididik makan dengan cara yang betul dan sihat, beliau mesti tidak "sesihat" seperti ini.

Saya melihat Aminah seorang kanak-kanak yang rendah keyakinan dirinya disebabkan penampilannya yang besar.

Disebabkan itu, masa lapangnya hanya dihabiskan dirumah dengan bermain game.

Apabila menghadiri majlis-majlis kenduri, Aminah hanya mampu melihat saudara-maranya mengenakan fesyen terkini.

PERSOALAN
Apa tindakan anda sebagai ibu bapa sekiranya anda mempunyai anak seperti Aminah?

Didiklah mereka mengenai pemakanan dan kesihatan.

PERUBAHAN BERMULA DARI RUMAH

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Tiada ulasan: