Khamis, 10 September 2015

KOLABORASI

Alhmadulillah.. Syukur kepada ALLAH..

Pernah dengar pepatah ni?

"Nak BERJAYA, berkawanlah dengan orang yang BERJAYA, inshaa ALLAH kamu akan BERJAYA"

Untuk memastikan FITNESS CAMP for KIDS kali ini berjalan dengan lebih lancar, kami berkolaborasi dengan dua individu hebat yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing

Jom kenali mereka...

En Arbain bin Ishak
Beliau seorang bekas jurulatih PLKN (2004-2008) dan mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang rekreasi.  Menggalas sebagai Ketua Jurulatih Tali Tinggi di PLKN, beliau akan mengendalikan aktiviti Wall Climbing akan akan dijalankan nanti

En Khairul b Jailani
Beliau merupakan seorang Pengakap Di Raja pada tahun 2007. Banyak mengendalikan program perkhemahan Jambori Pengakap dan pernah mengendalikan sendiri Perkhemahan Jambori diperingkat Antarabangsa yang diadakan di Johor pada tahun 2013 yang disertai oleh 10 negara luar antaranya Singapura, Thailand, Indonesia, Maldives, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

Semoga dengan kehadiran mereka ini dapat menjadikan program ini lebih menarik, lebih seronok dan lebih ceria kepada kanak-kanak..

--> Tips
Saya dah jalankan tanggungjawab saya dengan mengumpulkan orang-orang HEBAT, hanya tinggal anda sahaja yang bertindak untuk menjadi HEBAT atau sebaliknya.

Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram @BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: