Selasa, 1 September 2015

OBESITI KANAK-KANAK

Wahai rakyat MALAYSIA semua....
Adakah anda tahu?...

Statistik menunjukkan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak meningkat dari tahun ke tahun.

Tinjauan kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 3 (2006) mendapati kanak-kanak yang mengalami obesiti adalah 22.4% berbanding 15.3% pada tahun 2000.

Peningkatan yang ketara ini sangat membimbangkan, jika dibiarkan negara ini akan menuju ke arah negara yang "OHSEM".

Kegemukan dan obesiti merupakan penyebab utama kepada penyakitk kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi dan lain- lain.

Ini juga akan meningkatkan kos perubatan di negara ini. Generasi muda yang kurang cergas dan tidak sihat juga akan merencatkan pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.

Pencegahan dari awal merupakan langkah terbaik bagi menanganinya.

Ibubapa dan pelbagai pihak perlu berganding bahu bagi mencegah generasi muda yang obes dan tidak sihat.

Jadi, persoalannya... Apakah yang anda lakukan kepada anak anda yang obes atau kurang cergas?...

Masih ingin menyumbang kepada statistik yang semakin meningkat atau mahu keluar dari "zon selesa"?

--> Tips
Kanak-kanak bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Adakah kita mahu dipimpin oleh orang yang tidak mampu memimpin dirinya sendiri?

Banyak lagi tips yang akan disampaikan di Instagram BAHAGIA JEMALI.

~BAHAGIA JEMALI~

#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Tiada ulasan: