Masih ingat cerita Aminah (bukan nama sebenar) pada 2 hari yang lepas?
MACAM MANA NAK BANTU DIA?
Saya beri 10 tips PENCEGAHAN dan bagaimana kita mampu MEMBANTU kanak-kanak yang obes seperti Aminah...
1) Sediakan makanan yang sihat untuk kanak-kanak seperti susu rendah lemak, daging, sayur dan buah.
--> Elakkan beli makanan segera seperti mee segera, "junk food", kerepek, makanan yang manis dan yang mengandungi lemak yang tinggi.
2) Sediakan sarapan sebelum ke sekolah dan bekal. Pastikan ianya makanan yang berkhasiat.
--> Dengan cara ini, kita dapat mengawal pemakanan mereka.
3) Olah penyediaan makanan agar mengikut selera mereka.
--> Mungkin sayur boleh disembunyikan dalam tepung seperti popia
4) Ajar anak ambil makanan dengan saiz/jumlah yang sedikit dahulu.
--> Didikan perlu daripada kecil. Ajar makan sedikit TAPI kerap.
5) Pastikan anak makan dimeja makan dan bukan didepan tv atau komputer
--> Makan bersama keluarga agar dapat berkominukasi dengan ahli keluarga yang lain
6) Hadkan waktu mereka bersama gajet karena apabila terlalu lama mereka, mereka malas bergerak dan akan memberi kesan kepada postur mereka
--> Memberi ruang kepada aktiviti fizikal agar perkembangan motor halusnya tidak terjejas
7) Ajaklah anak anda untuk melakukan aktiviti fizikal atau beriadah seperti berenang, ber"wrestling", berjogging, bermain bola dan banyak lagi.
--> Merapatkan hubungan antara ibu, bapa dan anak-anak
8) Sekiranya mereka berjaya dan cemerlang, berikanlah ganjaran dalam bentuk hadiah dan bukannya makan direstoran makanan segera.
--> Mereka belajar menghargai barang yang dihadiahkan
9) Sediakan makanan yang berkhasiat dirumah anda seperti buah
--> Mengajar mereka mengenai kepentingan buah didalam pemakanan kita
10) Biasakan anak minum air masak dengan banyak.
--> dapat mengurangkan nafsu makan
Pengawasan dan perhatian yang seperti ini dapat mengawal atau mengatasi masalah obesiti pada kanak-kanak.
Kalau anda amalkan begini, bukan sahaja anak anda yang sihat, anda juga turut mendapat kesannya.
Rumah tangga CERIA,
Hubungan kekeluargaan MESRA,
Hidup lebih BAHAGIA (macam saya hehe..)
"DIDIKAN AWAL BERMULA DARI RUMAH"
Banyak lagi tips yang disampaikan di Instagram BAHAGIA JEMALI.
~BAHAGIA JEMALI~
#fitnesscampforkids
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation