Rabu, 18 Februari 2015

PUNCA SAKIT SENDI DIDEDAHKAN (Ep 3)

============================
PUNCA SAKIT SENDI DIDEDAHKAN
(Dari sudut Exercise Therapist)
Episod 3
============================
Percaya atau tidak, ramai orang sakit disebabkan PERGERAKANNYA yang tidak betul. Saya bagi contoh, bila seseorang itu melakukan "bench press" tapi mereka tak rasa dibahagian chest sebaliknya dibahagian arm (biceps dan triceps)

Saya jelaskan lagi,

°°°°°°°°
Objektif = mengangkat beban daripada dada kehadapan badan

Pergerakan = janji gerakkannya sahaja tanpa memikirkan otot yang perlu difokuskan
°°°°°°°°°

Rujuk gambar, kadang-kadang seseorang itu melakukan senaman untuk bahu (deltoids) tapi mereka tak rasa kat bahu langsung dan ini boleh membuatkan mereka mengangkat dengan lebih berat dan mengeluarkan suara "pondan" yang sedang mengerang. (Seram mak dengar...)

Jadi, pergerakan ini sangat penting di dalam senaman dan kehidupan seharian. Sekiranya pergerakan tidak mengikut urutan,ia akan mengganggu dan membataskan pergerakan (limitation of range of motion) dan dari situlah salah satu punca sakit berlaku.

-->Tips
Apabila pergerakan dan postur dibetulkan maka sakit pun akan hilang. "FIX THE MOVEMENT AND THE PAIN WILL RELEASED"

Sekiranya artikel ini membantu, sila like laju-laju page Bahagia Jemali dan share kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert



Tiada ulasan: