Rabu, 25 Februari 2015

BERSENAM BAHAYA & MENCEDERAKAN

Saya dah jalankan latihan Circuit Training ini dari tahun 2006 sehingga sekarang. Ada antara peserta ni mengikuti saya sejak mula saya berkhidmat di Gim ini.

Bermula dengan "hentam sajalah labu" dan dibimbing oleh Sifu saya (Arwah Yusoff Satar), saya mula memahami senaman bukan sahaja setakat nak berpeluh malah banyak lagi faedah dan kebaikan yang diperolehi daripadanya.

Sekarang terdapat banyak kaedah latihan seperti HIIT, Tabata dan sebagainya yang pada pandangan peribadi saya hanya sesuai dengan orang yang dah lama melakukan senaman. Sebab apa? Sebabnya sekarang menjadi "trend" apabila seseorang yang baru memulakan senaman dan berakhir dengan KECEDERAAN.

Pokoknya anda bersenam nak sihat dan cergas atau cedera? Pilihan ditangan anda dan anda mampu mengubahnya

--> Tips
Latihan perlu mengikut progres dan prestasi semasa kita sendiri. Ikut kemampuan dan keperluan diri bukan ikut orang.

Untuk info kecergasan dan kesihatan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Tiada ulasan: