Ini pinggan makanan saya. Lupa nak ambil sebelum sebab dah lapar sangat..Hehhehe..
Hari ni saya takde plan nak bersenam so saya ambil nasi separuh je lah dengan ayam goreng (bahagian kepak, sebab itu je yang tinggal) serta sayur sedikit. Menurut rakan saya En Susu Sejat, nilai kalori ayam belah kepak ni dalam 250kcal dengan kulit, kalau buang kulit ada diskaun 100kcal.
Kebetulan pulak ade seorang wanita melayu terakhir yang makan lauk ayam dengan sayur sahaja TANPA NASI. Saya dapat lihat dimukanya penuh bangga dengan makanan yang diambilnya. Takpelah, walaupun dia tak kurus mana pun. Hehehe
Jadi, kenapa takot nak makan nasi? Kevin Zahri selalu cakap "NASI TIDAK BERSALAH!!"
--> Tips
Kalau anda kurangkan portion makanan anda, tentu jumlah kalori juga berkurangan. Jadi, agak-agak siapa makan lagi kenyang dan bijak? Perempuan itu atau Lelaki Ini (sayalah tu) hehehe
~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation
Tiada ulasan:
Catat Ulasan