Sabtu, 28 Februari 2015

SANDWICH MENGGEMUKKAN? BETUL KE NI...

Dah jam 5 petang, Tini mengemas mejanya lalu bersiap-siap untuk balik. Dalam fikirannya, kalau balik sekarang mesti jem. Jadi, Tini mengajak Ara "dinner" di sebuah restoran sandwich yang berdekatan. Setibanya direstoran, perut Tini semakin berkeroncong dan hatinya melonjak-lonjak untuk memilih makanan itu atau ini. Hampir 5minit berlalu, barulah Tini buat membuat pesanan

"Cik, saya nak ayam.. hmmm.. cheese lebih eh pastu sayur sikit je.. haa.. bawang tak nak tau. Ok, yang SOS NI LETAK SEMUA dan MAYONNAISE LEBIH eh."

Ok, situasi ni sering berlaku direstoran ini. Mereka menyediakan makanan yang berkhasiat dan kita yang mengubahkannya menjadi tidak berkhasiat.

--> Tips
Sebelum membeli apa-apa, rancanglah dahulu apa yang pelan pemakanan anda. Fikirkan semula daripada pagi, adakah anda mempunyai "quota" kalori yang banyak lagi atau sebaliknya

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 27 Februari 2015

PENJENAMAAN LOGO BAHAGIA JEMALI

==========================
BISMILLAH HIRRAMA NIRRAHIM
==========================
Alhamdulillah, Syukur pada ALLAH kerana telah memudahkan proses penjenamaan BAHAGIA JEMALI.

Jadi dengan lafaz Bismillah, saya lancarkan Logo Bahagia Jemali yang rasmi pada hari Jumaat, Pengulu Segala Hari.

Semoga langkah pertama ini dapat memberikan semangat kepada diri saya untuk terus menyampaikan info dan servis mengenai kesihatan, kecergasan dan kecederaan. Inshaa ALLAH..

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 26 Februari 2015

SIT UP SAMPAI KURUS

Hari ni ramai orang dah "celik" tentang senaman TAPI masih ada lagi yang "buat-buat celik" (kira macam pandailah)

Satu senario didalam gim
"Eh bang, saya tengok abang ni hensemlah..macam Shah Rukh Khan (SRK). Macam mana eh nak perut slim macam abang" tanya seorang mangsa kepada otai di satu gim di Ulu Kinta.
"Err.. memang bukan awak je yang cakap saya macam SRK, SRK pun sendiri cakap saya macam dia. (Jawab dengan nada berlagak nak mampos!!). Sebenarnya nak slim macam saya ni kena banyak buat sit up dik"
Mangsa bertanya lagi "Wah!! Sit Up eh.. bape banyak kali bang nak kena buat?"
"Hmm..kita buat jangan kira dik, buat je sampai ko x larat" balas otai tu.

So perbualan seperti ni (kecuali SRK tu auta bukan fakta) sering kali kita dengar. Jadi dengan ini saya bawakan satu pendedahan EDISI KHAS mengenai SIT UP vs CRUNCHES.. Tunggu sebanyak 3 episod pada minggu depan (tengah cari bahan lagi sebenarnya ni..hehe)

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan like laju-laju Bahagia Jamali dan share kepada rakan-rakan anda untuk pengetahuan mereka.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 25 Februari 2015

BERSENAM BAHAYA & MENCEDERAKAN

Saya dah jalankan latihan Circuit Training ini dari tahun 2006 sehingga sekarang. Ada antara peserta ni mengikuti saya sejak mula saya berkhidmat di Gim ini.

Bermula dengan "hentam sajalah labu" dan dibimbing oleh Sifu saya (Arwah Yusoff Satar), saya mula memahami senaman bukan sahaja setakat nak berpeluh malah banyak lagi faedah dan kebaikan yang diperolehi daripadanya.

Sekarang terdapat banyak kaedah latihan seperti HIIT, Tabata dan sebagainya yang pada pandangan peribadi saya hanya sesuai dengan orang yang dah lama melakukan senaman. Sebab apa? Sebabnya sekarang menjadi "trend" apabila seseorang yang baru memulakan senaman dan berakhir dengan KECEDERAAN.

Pokoknya anda bersenam nak sihat dan cergas atau cedera? Pilihan ditangan anda dan anda mampu mengubahnya

--> Tips
Latihan perlu mengikut progres dan prestasi semasa kita sendiri. Ikut kemampuan dan keperluan diri bukan ikut orang.

Untuk info kecergasan dan kesihatan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

WELCOME BACK SAFEE

Game malam ni menunjukkan penyerang Malaysia juga masih berbisa. Semoga ramai lagi penyerang Malaysia cemerlang dalam Liga Bola Sepak kita.

Untuk info kecergasan dan kesihatan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 24 Februari 2015

SALAH BERKAWAN JADI GEMUK

Ramai yang kuat makan apabila mereka STRESS. Jadi apabila kita berkawan orang-orang yang NEGATIF, mereka akan duduk berceritakan hal orang lain, mengumpat sana-sini sambil makan. Anda yang dengar pun boleh turut makan sama tanpa sedar. Situasi ini kebanyakannya berlaku dalam kehidupan seharian kita.

--> Tips
Orang tua-tua cakap, kalau nak pandai berkawanlah dengan orang pandai. Jadi, kalau nak kurus, berkawanlah orang yang kurus sebab mereka ni bukan "food lover"..

Untuk info kecergasan dan kesihatan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 23 Februari 2015

MAKAN KENYANG & KURUS

Ini pinggan makanan saya. Lupa nak ambil sebelum sebab dah lapar sangat..Hehhehe..

Hari ni saya takde plan nak bersenam so saya ambil nasi separuh je lah dengan ayam goreng (bahagian kepak, sebab itu je yang tinggal) serta sayur sedikit. Menurut rakan saya En Susu Sejat, nilai kalori ayam belah kepak ni dalam 250kcal dengan kulit, kalau buang kulit ada diskaun 100kcal.

Kebetulan pulak ade seorang wanita melayu terakhir yang makan lauk ayam dengan sayur sahaja TANPA NASI. Saya dapat lihat dimukanya penuh bangga dengan makanan yang diambilnya. Takpelah, walaupun dia tak kurus mana pun. Hehehe

Jadi, kenapa takot nak makan nasi? Kevin Zahri selalu cakap "NASI TIDAK BERSALAH!!"

--> Tips
Kalau anda kurangkan portion makanan anda, tentu jumlah kalori juga berkurangan. Jadi, agak-agak siapa makan lagi kenyang dan bijak? Perempuan itu atau Lelaki Ini (sayalah tu) hehehe

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

FITNESS CHALLENGE

FITNESS sangat luas skopnya. Melibatkan FIZIKAL, FISIOLOGI dan PSIKOLOGI.

Apa kata sesekali anda mencuba aktiviti outdoor yang adventure seperti hiking, jungle tracking, flying fox, river crossing, abseiling, kayak dan sebagainya.

Kenapa?
1. Anda dapat menguji tahap kecergasan anda
2. Mencuba sesuatu yang baru
3. Mengelakkan kebosanan daripada aktiviti yang sama sahaja
4. Mengalami dan "feel" bagaimana menghadapi obstacle
5. Bekerjasama dalam pasukan untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti

Itulah sebabnya ada Fitness Camp, VIPER Challange, Kinabalu Challange dan sebagainya. Ianya adalah untuk menyediakan kelainan dan menguji tahap kecergasan dan mental anda.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Ahad, 22 Februari 2015

TEMPAT CANTIK DAN UNIK DALAM MALAYSIA

Di Malaysia, ada beberapa tempat yang menjadi TUMPUAN DUNIA dan tak semua orang boleh "sampai" dengan duit..

--> Kita ada KLCC, senang je naik..bayar, tekan lif terus sampai

--> Kita ada Legoland, taman tema bertaraf antarabangsa..bayar dan masuk

TAPI

MENAKLUKI GUNUNG KINABALU...

Anda boleh bayar untuk sampai di Gunung Kinabalu TAPI belum tentu sampai ke puncak!!

Itu FAKTA!!

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

BRANDING BAHAGIA JEMALI

Penjenamaan BAHAGIA JEMALI sekarang dalam proses..

Logo dah siap dan sekarang ni dalam proses menyiapkan web. Semoga segala urusan dipermudahkan..

Aaminnn...

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Sabtu, 21 Februari 2015

INNER PEACE-PSYCHOLOGY EFFECT

Semalam tengok Kartun Kungfu Panda II. Walaupun cerita kartun tapi ada mesej yang nak disampaikan.

Sinopsis
Chen tinggalkan kesan parut yang paling dalam pada diri Poh sehinggakan Poh tak boleh lawan dan fokus. Apabila Poh dapat melepaskan dan merawat parutnya, ketika itulah dia boleh lawan Chen dengan senang dan tenang

Sama juga dalam diri kita. Saya percaya semua orang ada kesan parut yang paling dalam sama ada ditipu, diperguna, dimalukan, dikhianati dan bermacam-macam lagi yang membuatkan diri kita dibelenggu dan dibebani secara sedar atau tidak sedar.

Nasihat saya, hadapilah segala masalah dengan hati yang tenang, redha dengan ketentuan Qada' dan Qadar, lepaskan semuanya dan selepas itu Inshaa ALLAH kehidupan anda bertukar lebih positif, lebih ceria dan lebih bahagia

--> Tips
ISLAM adalah cara hidup tapi kita tidak mengamalkannya secara menyeluruh. Islam bukan sahaja menyuruh umatnya SOLAT tapi mengajar kita lebih positif seperti sifat rendah diri, pemaaf, suka memberi dan banyak lagi.

Untuk info kecergasan dan kesihatan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Jumaat, 20 Februari 2015

SEKOLAH RENDAH ADVANCED

Ini adalah gambar yang saya petik sendiri di Singapura. Nama sekolah ni Woodland Ring Primary School. Apa yang menarik sangat sekolah ni?..

Tengok padang dia... RUMPUT SINTETIK tu. Kenapa kat Malaysia takde macam ni eh.. Siap ada trek lari lagi dan sekali lagi, Sekolah Rendah je pun dah ada padang secanggih ni..

Rujuk disini :
http://www.woodlandsringpri.moe.edu.sg/ccas/soccer

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

BUKU MUDAHNYA KURUS -Draft

Bismillah Hirrahma Nirrahim

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Engkau berikanlah kekuatan kepada diriku, curahkanlah idea-idea yang bernas agar dapat menghasilkan satu karya penulisan yang dapat membantu masyarakat dalam proses transformasi mereka dan permudahkan segala urusan ku pada hari ni dan seterunya didunia dan diakhirat

Aaminn

Proses draft buku MUDAHNYA KURUS. Susu Sejat, kome tunggu ye... kawan tengah siapkan draft ni..hehehe

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 18 Februari 2015

PUNCA SAKIT SENDI DIDEDAHKAN (Ep 3)

============================
PUNCA SAKIT SENDI DIDEDAHKAN
(Dari sudut Exercise Therapist)
Episod 3
============================
Percaya atau tidak, ramai orang sakit disebabkan PERGERAKANNYA yang tidak betul. Saya bagi contoh, bila seseorang itu melakukan "bench press" tapi mereka tak rasa dibahagian chest sebaliknya dibahagian arm (biceps dan triceps)

Saya jelaskan lagi,

°°°°°°°°
Objektif = mengangkat beban daripada dada kehadapan badan

Pergerakan = janji gerakkannya sahaja tanpa memikirkan otot yang perlu difokuskan
°°°°°°°°°

Rujuk gambar, kadang-kadang seseorang itu melakukan senaman untuk bahu (deltoids) tapi mereka tak rasa kat bahu langsung dan ini boleh membuatkan mereka mengangkat dengan lebih berat dan mengeluarkan suara "pondan" yang sedang mengerang. (Seram mak dengar...)

Jadi, pergerakan ini sangat penting di dalam senaman dan kehidupan seharian. Sekiranya pergerakan tidak mengikut urutan,ia akan mengganggu dan membataskan pergerakan (limitation of range of motion) dan dari situlah salah satu punca sakit berlaku.

-->Tips
Apabila pergerakan dan postur dibetulkan maka sakit pun akan hilang. "FIX THE MOVEMENT AND THE PAIN WILL RELEASED"

Sekiranya artikel ini membantu, sila like laju-laju page Bahagia Jemali dan share kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert



Selasa, 17 Februari 2015

PUNCA SAKIT SENDI DIDEDAHKAN (Ep 2)

Apabila struktur (postur) berubah pergerakan juga terjejas dan ini secara tidak langsung "develop" sakit sendi dibahagian yang lain. Otot kita dirangka secara berkait (interconnected) dan anda bayangkan kalau betis (calf) anda ketat, ia akan menarik otot belakang peha (hamstring) dan secara tidak langsung perubaan dibahagian tulang pinggul (pelvic) berubah.

Jadi adakah dengan urutan, gosok minyak panas, makan "pain killer" akan membetulkan masalah yang dihadapinya?

YA tapi ianya hanya sementara. Apa yang perlu dilakukan adalah betulkan semula postur dan pergerakan agar ia berfungsi dengan baik semula.

-->Tips
Apabila pergerakan dan postur dibetulkan maka sakit pun akan hilang. "FIX THE MOVEMENT, PAIN WILL RELEASED"

Sekiranya artikel ini membantu, sila like laju-laju page Bahagia Jemali dan share kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Isnin, 16 Februari 2015

PUNCA SAKIT SENDI DIDEDAHKAN (Ep 1)

°°"Bang, saya sakit bahulah..Macam mana nak buat eh?"
°°"Tuan, pinggang saya sakit dah lama ni.. Saya dah buat exercise macam kat youtube tapi tak berkesan"

Soalan-soalan ni memang selalu saya dapat, tapi susah sangat nak jawab. Kenapa?

Saya bagi satu senario
Amir umur 30 tahun, berat 100kg, kegemarannya bermain Futsal.
Amir terkehel semasa main bola dan kakinya bengkak. Selepas tu, saya nak tanya anda
1. Beliau boleh jalan seperti biasa ke tak?
2. Bebanan dia pindah ke sebelah bahagian kaki yang tak sakit ke tak?
3. Agak-agak postur badannya apabila berdiri tegak ke tak?

So jawapannya mestilah TAK kan...

Ok, sambung lagi. Sebulan selepas itu, Amir mengadu sakit lutut atau pinggang. Jadi adakah sakit lutut atau pinggang yang Amir dapat ni berpunca daripada lutut atau pinggangnya? Hmmm...

Jadi nak tahu selanjutnya, tunggu artikel selepas ini pada hari esok dan waktu yang sama bersama Bahagia Jemali dalam rancangan, "PUNCA SAKIT SENDI DIDEDAHKAN" (macam dalam tv plak..hehehe)

-->Tips
Sakit datang dari pelbagai punca dan penyelesaiannya juga perlu dilihat dari pelbagai sudut. Takde satu prosedur yang "fix for all".

Sekiranya artikel ini membantu, sila like laju-laju page ini dan share kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Ahad, 15 Februari 2015

NAK DIET? NAK KURUS? (Episod 3)

DIET berkait rapat dengan faktor PSIKOLOGI, bukan sahaja dengan kira kalori sahaja. Saya lebih suka "memanipulasi minda" anda melalui sudut psikologi. Kalau nak kira kalori, nak tahu GI dan nutrisi dengan lebih mendalam anda boleh refer rakan saya sususejat.com atau cip Khairul Azuan kerana dia pakar dalam hal ni.

Mulai daripada sekarang, anda belajar makan menggunakan pinggan yang kecil. Saya perhatikan ramai antara kita akan isi menu makan mereka dengan pinggan yang penuh. Selagi ada ruang, selagi itu diisi. Tak cukup macam tu, bukit lagi. Tak percaya? Cuba anda lihat orang sebelah anda makan nanti, tak pun anda "recall" balik apa yang anda makan semalam semasa "lunch" atau "dinner". Kantol kan...hehehe

-->Tips
Saiz pinggan kecil yang digunakan dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mengawal "portion" makanan anda.

Sekiranya artikel ini membantu, sila like laju-laju page Bahagia Jemali dan share kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Sabtu, 14 Februari 2015

NAK DIET?NAK KURUS? (Episod 2)

===================
NAK DIET?NAK KURUS?
Episod 2
===================
Berbalik daripada Episod 1. Mengapa diet menjadi gagal kerana kita makan tidak mengikut makanan ruji kita seperti tidak makan nasi, mula makan salad dan sebagainya.

Dari sudut psikologi, diet seperti ini tidak bertahan lama kerana kita dibesarkan dengan makanan Malaysia. Contoh si Peah ni dah diet selama 3 bulan dengan makan salad, oat dan sebagainya (bukan makanan yang dia makan daripada kecil). Bile dia tengok kawan-kawan makan KFC, mulalah terliur.. Pernah dengar yo-yo diet? Bila Peah dah geram sangat, Peah balun 2 barrel KFC untuk dia seorang je dan kemudian timbullah perasaan menyesal. Selepas itu, Peah tidak dapat mengawal lagi perasaannya dan kembali semula kepada habit makannya yang lama.

--> Tips
Dalam fasa diet, nak makan benda-benda yang tinggi kalorinya masih dibenarkan dan ini dipanggil "cheat day" dimana anda makanlah apa sahaja yang anda inginkan.

Sekiranya artikel ini membantu, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Jumaat, 13 Februari 2015

Mengenali Diri Sebenar Seseorang

Psikologi adalah ilmu yang sangat luas dan salah satu cabang didalamnya adalah kita boleh melihat karektor seseorang itu yang dipersembahkan kepada kita secara tidak sedar..

Anda boleh menipu, boleh berlakon dan boleh menyembunyikan semua tingkah laku buruk anda akan tetapi bahasa tubuh, gaya dan habit anda tidak boleh disembunyikan.

Oleh itu, jagalah percakapan anda dan tingkah laku anda didalam persahabatan.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 12 Februari 2015

PEMERGIAN ULAMAK


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilahi roji'un.

"Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....

~BAHAGIA JEMALI~

NAK DIET?NAK KURUS? (Episod 1)

===================
NAK DIET?NAK KURUS?
Episod 1
===================
Bila kita dengar je perkataan "DIET" mesti terlintas ikan salmon, tak makan nasi dan macam-macam lagi kan... Tapi pada pendapat saya, DIET adalah MERANCANG MENU MAKANAN anda.

Secara asasnya macam ni
jumlah kalori yang masuk perlulah kurang daripada jumlah tenaga yang dikeluarkan, barulah anda boleh kurus. So, apa yang susah sangat. Mulai daripada sekarang, belajar ambil makanan dengan separuh sukatan. Mudahkan!! Tak pening nak kira makanan ni berapa kalori eh, makanan tu pulak berapa kalori dan anda masih menikmati makanan anda yang lain. Selamat beramal.

--> Tips
Dari sudut psikologi, badan kita mempunyai nafsu dan pujuklah nafsu makan anda perlahan-lahan atau sebaliknya ia akan memberontak menjadi raksasa yang kelaparan (cukup ngeri tak nak takot-takotkan korang..grrrr)

Sekiranya artikel ini membantu, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~


Rabu, 11 Februari 2015

Kenapa Obes Berlaku?

Ramai yang tak perasan bahawa mereka makan lebih daripada keperluan. Mana tak, kalau makanan tu tak habis, perasaan "sayang" anda terhadap makanan itu sangatlah tinggi.

Secara tidak sedar, kita telah dididik daripada kecil untuk menghabiskan makanan yang kita ambil. Jadi sekarang ni, tibalah masanya untuk kita mendidik diri anda dan anak-anak anda agar mengambil makanan sedikit dan mengikut keperluan.

--> Tips
"MAKAN untuk HIDUP bukan HIDUP untuk MAKAN"

Sekiranya artikel ini membantu, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Selasa, 10 Februari 2015

SEKSI.vs SEKSA

Akibat daripada terlampau OBSES NAK KURUS, ramai yang mengabaikan faktor kecederaan

Saya nak cerita sikit pengalaman saya mengendalikan bootcamp tahun lepas (My Body Fit Camp). Nak tahu berapa lama saya latih mereka?
°°°°°
KURANG DARIPADA SEJAM dan keputusannya?...
°°°°°

Seramai lebih 90% daripada mereka MENGECIL SAIZ badan dan yang paling penting FREE OF INJURY.

So kenapa nak KERJA LEBIH sedangkan anda NAK KURUS bukan JADI ATLIT..

--> Tips
Nak kurus cepat? Anda perlu mempertimbangkan MAKANAN, SENAMAN dan REHAT anda

~BAHAGIA JEMALI~


Isnin, 9 Februari 2015

"POSTURAL ALIGNMENT" MEBANTU MENINGKATKAN PRESTASI ATLIT BOLA SEPAK


Alhamdulillah..
Baru lepas present & demo kepada pengurus dan jurulatih satu kelab bola sepak yang terkenal di JB mengenai kepentingan dan faedah daripada program "POSTURAL ALIGNMENT n MOVEMENT FUNCTIONAL" di dalam sukan. (Yang paling best CEO dia pun datang dan rasa treatment sendiri dan dengan izin ALLAH saya berjaya membantu beliau)

Semoga ALLAH meluaskan lagi sayap BAHAGIA JEMALI ke peringkat yang lebih tinggi. Aaminnn...

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Ahad, 8 Februari 2015

SAKIT BAHU HILANG KURANG SEJAM

Kes:
Klien mengadu selalu sakit dibahu kanan dan bahagian lehernya sukar untuk menoleh ke kanan.

Punca:
Klien seorang "sales person" yang agak stress (struggle dengan target bulanannya) dan juga selalu traveling. Melakukan senaman di gim mengikut masa lapangnya dengan tidak teratur

Rawatan:
1. Betulkan "alignment"
2. Hilangkan trauma

--> Tips
Sakit datang apabila pergerakan yang kita lakukan itu tidak mengikut susunan yang betul.

*sekiranya artikel ini membantu, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share kepada rakan-rakan anda yang lain.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Sabtu, 7 Februari 2015

RPH & Stress Management di Pendang Lake Resort -Mission Accomplished-

Alhamdulillah, Syukur pd ALLAH.

Selesai menjalankan program RESETTING PSYCHOLOGICAL HUNGER dan STRESS MANAGEMENT di Pendang Lake Resort. Dengan izin ALLAH, ramai yang dapat dibantu dalam misi nak kurus dan sihat. Inshaa ALLAH.

Selepas ni menuju kepada Penang untuk sesi makan. Penang, u tunggu aku datang!!!

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

NAK BADAN CANTIK DAN SEKSI?


"Berkali-kali dah kabo, angkat bebang..Baru badang jadi cantik aok!!" kata Awang kepada Jiwang

Kepada wanita diluar sana, latihan bebanan bukan sahaja memberikan kecantikan kepada tubuh badan, tapi kesihatan seperti menguatkan tulang, menguatkan jantung, membetulkan postur dan banyak lagi.

DAN

Yang paling penting korang takkan jadi HULK HOGAN disebabkan nisbah hormon korang yang tak sama seperti lelaki yang macho macam saya. Hormon testosterone yang menyebabkan badan seseorang itu jadi muscular dimana hormon ini hanya sikit sahaja nisbahnya di dalam badan anda

"Doh tu bakpe badang puang tu buleh jadi katang (tough)?" Tanya Jiwang kembali.

Sebab dia meningkatkan nisbah testosteronenya daripada sumber luar dan dengan pelbagai bahan supplement lagi untuk menjadi seperti itu

-->Tips
Latihan bebanan membuatkan anda menjadi awet muda

*sekiranya artikel ini membantu, like laju-laju page dan share kepada rakan-rakan anda yang lain.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

RPH & Stress Management di Kedah

Bismillah Hirrahma Nirrahim..

Awal pagi di Kedah. Suasana yang tenang, aman dan damai. Semoga semua peserta yang mengikuti program RPH dan Stress Management dapat dibantu untuk menjadi lebih tenang, lebih rileks dan lebih sihat.

Aaminn

~BAHAGIA JEMALI~

Jumaat, 6 Februari 2015

JANTUNG OK TAPI SAKIT JANTUNG.. KENAPA EH...

Kes :
Klien seorang yang aktif dan sakit dada. Kemudian beliau pengsan. Disyaki sakit jantung, setelah dilakukan ujian ECG ok plak. Jantung dalam keadaan baik.

Masalah :
Hubungan dengan ahli keluarga yang krisis

Pelik tapi benar dan inilah dinamakan EMOTIONAL PAIN. Ia berlaku hasil daripada pengumpulan stress yang disimpan sekian lama. Selepas menjalankan rawatan, Alhamdulillah dengan izin ALLAH sakit dadanya berkurangan sebanyak 70%. Jadi lebih baik buang stress anda sebelum ia memudharatkan kesihatan anda

~~>Tips
"Stress is the real silent killer." Dia merangsang sakit-sakit anda yang lain.

*sekiranya artikel ini membantu, sila like page Bahagia Jemali dan share kepada rakan-rakan anda sekiranya ia membantu. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

Khamis, 5 Februari 2015

UTARA!! Che Nak Mai... Tunggu naa...

Inshaa ALLAH esok saya bertolak ke utara untuk menjalankan 2 program iaitu

i - Resetting Psychological Hunger
Program yang membantu mengawal nafsu makan agar anda dapat menjadi KURUS dengan cepat, mudah dan berkesan

ii - Stress and Anger Management
Rawatan yang melepaskan segala perkara yang merangsang anda kepada kesakitan, keletihan, kemurangan yang membawa diri anda lebih ceria, lapang dan bahagia

Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya..Inshaa ALLAH

~BAHAGIA JEMALI~

RPH & Stress Management di Penang dab Kedah

===========================
BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM
===========================
Dah sampai airport JB nak ke Penang. Semoga perjalanan ini dilindungi ALLAH dan segala tugasan di Utara ini selamat dijalankan dengan jayanya..
Aaminnnn

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindnconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Rahsia Payu Dara Mantap (Episod 3)

PERHATIAN!! Entri khas untuk WANITA SAHAJA!!!

Jadi entri nak lebih fokus kepada otot Rhomboid. Kebiasaannya wanita yang tidak melakukan senaman dengan betul, mereka ini berada dalam keadaan bongkok.

Jadi apabila latihan dibahagian otot rhomboid dilakukan, secara tidak langsung otot tersebut akan menarik tulang scapula (belikat) dan sekaligus menyebabkan anda tegak dan mendada. Apabila berlaku perubahan postur ini, maka payu dara anda akan lebih "push up" dan nampak sedikit besar (bukan besar sangat macam letak silikon ye)

-->Tips
Apabila postur dah kembali dalam alignment nya, maka sakit dibahagian kepala, bahu atau tengkok pun akan berkurangan dan kadang kala hilang.

~BAHAGIA JEMALI~

Rabu, 4 Februari 2015

Rahsia Payu Dara MANTAP (Episod 2)

PERHATIAN!! Entri khas untuk WANITA SAHAJA!!!

Mesti tertanya-tanya, "Boleh ke payu dara membesar?" Dengan penuh keikhlasan,jujur dan hati yang suci jawapannya adalah TIDAK akan tetapi kita boleh besarkan dia dari aspek yang lain iaitu POSTUR

Apabila membuat latihan bebanan, bahagian chest akan sedikit membesar dan dibantu oleh otot rhomboid (menatang ni lagi...tunggu lepas ni ye) yang menarik tulang scapula (belikat) ini untuk menjadikan seseorang itu berdiri lebih tegak dan mendada.

Jadi, apa lagi.. Baca je pun tak guna. Pasni pergi ke gim dan buat latihan yang sesuai untuk mendapatkan badan idaman anda.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

*sekiranya artikel ini membantu, sila share kepada rakan-rakan anda

Selasa, 3 Februari 2015

Rahsia Payu Dara MANTAP? (Episod 1)

PERHATIAN!! Entri khas untuk WANITA SAHAJA!!!

Daripada survey, saya dapati golongan wanita menyatakan bahagian PUNGGUNG,  PAYU DARA dan PEHA yang membuatkan diri mereka seksi.

Saya dah dedahkan rahsia untuk mendapat punggung idaman, jadi saya ingin berkongsi satu RAHSIA lagi mengenai cara-cara mendapatkan payudara yang cantik menarik tertarik da boom.

Apabila anda membuat latihan bebenan, selain latihan dibahagian "chest" dada)  jangan lupa buat latihan di kawasan upper body di sebelah belakang terutama dikawasan Rhomboid (mesti korang tak tau menatang apa kan, so tunggu entri epas ni). Kalau dah jadi besar nanti, jangan salahkan saya ok!!! Tata titi tutu..

--> Tips
Latihan bebanan bukan sahaja dapat meningkatkan metabolism tapi dapat membetulkan postur.

~BAHAGIA JEMALI~