Ahad, 18 Januari 2015

Sambungan Jam Heart Rate Monitor

Sambungan Jam Heart Rate Monitor

Ok, seperti yg dijanjikan, ini adalah fungsi2 jam yg ade dlm HRM

1. Perkara asas jam:
Biasalah, mesti ada jam, alarm, kalender tu semua.

2. Stopwatch
Mmg fungsi ni ade pada setiap jam. Kalau xde, baik anda beli jam dinding dan gantung kt dada. Lagi murah..hehehe

3. Recovery heart rate:
Boleh cek berapa cepat jantung anda kembali ke normal selepas buat sesuatu aktiviti..Ia bertujuan utk melihat kondisi jantung anda. Kalau RHR (Recovery Heart Rate) anda rendah, ia lebih bagus.

4. Tetapkan Target Training Zone:
Ini penting.."Cardio Target Zone" ni adalah kunci dlm proses anda nk bakar lemak. So pastikan dalam range antara 60%-70% drp MHR. Bukannya peluh yg berjurai2. Kalau nk peluh banyak, lebih baik g sauna or dok dalam kete tgh2 panas dan jgn buka aircond

5. Fitness Buddies:
Ade jam yg boleh set utk tetapkan intensiti latihan. Kalau x smpai or terlebih drp THR, dia akan berbunyi. (nk lg bagus dia ketuk je kepala coz x paham2..hehehe)

6. Calorie Counter:
Ni korang expert. Xpyh citer panjang2 coz biasa korang buat. Amek gmbr jumlah kalori dan post kt media sosial.. kan.. kan.. kan.. hehehe

7. Coded Transmitter:
Jam yg bagus (mestilah yg mahal), dia ade kod sendiri agar x detect dgn org lain punya bacaan HRM. Kalau x, jam pun pening nak baca yg mana satu.

8. Speed and distance monitor:
Kalau anda pelari marathon or jarak jauh, jam ni mampu buat analis kelajuan dan jarak. Selalunya kena ade "additional tools" dia; GPS receiver. Tp kalau x perlu, x payah beli.

9. Digital interface:
Yg ni lg canggih, jam ni boleh "connect" dgn smart phone atau komputer utk download statistik latihan. Tp utk kita yg biasa2 je, perlu ke?

Rumusan
So ade banyak lagi kot..semalam ade beberapa org tanya mengenai jenama apa yg bagus..soalan tu subjektif nk jawab..kecuali sy jd DUTA sesuatu brand, sy akan citer yg BAGUS2 shj..cuma apa yg sy boleh katakan jenama POLAR mmg dibina sebagai HRM shj dan ianya digunakan di makmal utk ujian kecergasan (tu sebab design x cantik). Nak beli HRM, lihat dulu apa yg anda perlukan.

Pd sy yang paling penting adalah no 1-7. Yg lebih tu tengok keperluan anda.

~BAHAGIA JEMALI~

Tiada ulasan: