Jumaat, 23 Januari 2015

AIR ISOTONIK MENGGEMUKKAN?

Minum Air Isotonik Boleh Menggemukkan?

Adakah anda tahu setiap air ada nilai kalori.. Jadi anda kena bijak memilih air. Salah satunya adalah air isotonik.. Saya perhatikan ramai klien perempuan suka minum air isotonik semasa bersenam. Walaupun ia mempunyai nilai gula yang rendah berbanding air berkarbonat, tapi ade juga nilai kalorinya. Bila ditanya kenapa minum air isotonik, mereka menjawab "Saya tengok Datuk Lee Chong Wei minum untuk dapatkan tenaga.." Weiii!!!.. Korang ingat Datuk LCW tu nak kurus ke?

Air isotonik ni dibuat untuk menghasilkan tenaga. Cuba tengok kandungan gula.. Sedikit tinggikan.. Jadi sekiranya anda target untuk kurus, air ini kurang sesuai dengan anda kerana kandungan gula tinggi. Katakan anda dah buat cardio bakar sebanyak 250kcal, masuk air isotonik 250kcal..hmm..baik duduk rumah tengok tv..hehe

Jadi lebih baik minum air kosong semasa menjalani latihan sebab fokus ada adalah KURUS, bukan nk jadi ATLIT.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Tip : Banyakkan minum air masak dapat mengurangkan jumlah pengambilan kalori anda

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Tengok iklan itu boleh tapi jangan terpengaruh dengannya"

~BAHAGIA JEMALI~

Tiada ulasan: