Isnin, 19 Januari 2015

Kes Klien - Emotional Pain (Migraine)

Alhamdulillah, baru selesai menjalankan rawatan terhadap seseorang VVIP yang menghidapi sakit kepala & migraine yang teruk.

Apa tak sakit kepalanya, orangnya sangat sibuk dengan mengendalikan syarikat besar dan sekarang ini banyak tekanan kerja yang dia sedang alami. Inilah dinamakan EMOTIONAL PAIN kerana bila diselidik, bukan beliau stress dengan kerja tapi hal peribadi (tidak dapat dikongsikan disini)

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, saya membantu beliau melepaskan tekanan yang dibukukan selama ini dan sakitnya mula berkurang sebanyak 70% dan selebihnya saya jalankan rawatan manipulasi otot yang dapat membantu meregangkan otot dibahagian "neck" dan "shoulder".

Apa yang buatkan saya suka dengan kerjaya saya ini adalah apabila saya dapat bantu orang yang datang dgn DERITA dan pulang dengan CERIA. Alhamdulillah, ALLAH gerakkan arwah bapa saya untuk meletakkan nama saya BAHAGIA, rupa-rupanya ALLAH kurniakan satu kemahiran Luar Biasa agar dapat memberikan keBAHAGIAan kepada orang lain. Alhamdulillah dan Syukur kepadaMu Ya Allah.

~BAHAGIA JEMALI~

#bodynmindconnection
#stressnangermanagement
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Tiada ulasan: