Selasa, 20 Januari 2015

Kepentingan Merangka Senaman

Dari pemerhatian saya, ramai yang tidak tahu melakukan senaman dengan betul. Pada mereka, peluh dah basah lencun bermakna lemak dibakar dengan banyak. Itu takpe lagi, ini ade orang yang mengajar, sebenarnya dia pun tak tahu apa yang dia buat.

Merangka senaman adalah SENI. Bukan semua senaman sesuai dengan semua orang. Jangan fikir apa yang kita boleh buat, orang lain pun boleh buat kerana manusia berbeza dari segi fizikal, fisiologi, psikologi dan penyakit. Lagi pun kita bukan nak melahirkan atlit kan.. Itulah sebabnya saya katakan senaman itu SENI. Kita perlu melihat kondisi seseorang sebelum melakukan senaman.

Seorang klien saya yang aktif dengan aktiviti senam robik mengadu bila buat senam robik yang berintensiti tinggi. Lututnya berasa sakit dan selepas aktiviti dia berasa badannya sangat letih. Setelah mengikuti program yang saya rangka khas untuknya, Alhamdulillah dengan izin ALLAH selepas minggu yang ke-4, sakit lutut dah semakin kurang dan beliau semakin bertenaga.

Itulah pentingnya merangka periodisasi latihan yang berstruktur mengikut keperluan individu untuk mencapai prestasi yang optimum. Bukan "HANTAMLAH LABUUU"

"Senaman itu SENI"

~BAHAGIA JEMALI~

Tiada ulasan: