Jumaat, 31 Julai 2015

TIPS KURUS UNTUK SUPER OBES

Semalam berbual dengan klien, beliau bertanyakan boleh ke orang yang SUPER OBES nak bersenam? Dia kesiankan kawannya kerana banyak pergerakan yang terbatas. Sakit sendi jangan cakaplah, jalan sikit pun penat semacam, tak boleh nak tunduk sebab sakit kat belakang dan macam-macam lagi.

Bagi kes ni, apa yang terbaik bagi orang yang SUPER OBES adalah..

1. Dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum memulakan sebarang apa-apa aktiviti

2. Cari trainer yang boleh membimbing anda melakukan latihan kerana mungkin ada sesetengah latihan tidak sesuai untuk anda. JANGAN IKUT KAWAN, YOUTUBE atau BUKU.

3. Lakukan latihan yang berintensiti rendah atau sederhana mengikut tahap kecergasannya seperti jalan kaki, berenang dan sebagainya

4. Latihan bebanan adalah yang terbaik untuknya kerana dapat meningkatkan muscle mass sekaligus dapat meningkatkan metabolisme

5. Selain itu, ia dapat menguatkan otot, sendi dan ligament agar sakit sendi menjadi kurang (kalau sakit sendi itu disebabkan otot yang tidak kuat, bukan pasal ligament atau meniscus)

6. Meningkatkan keupayaan jantung sekaligus meningkatkan kadar pengambilan oksigen (lemak terbakar dengan kehadiran oksigen)

7. Lakukan senaman secara PROGRES, dari mudah ke sukar, ringan ke berat. Jangan datang-datang terus buat HIIT atau TABATA. Senamrobik pun buat yang low impact

8. Membetulkan postur agar dapat bernafas dan berjalan dengan lebih baik dan juga mengurangkan risiko sakit sendi dan otot

9. Didik pemakanan beliau dengan mengurangkan SEPARUH dari portion harian mereka. Jangan SEKAT makan, confirm mereka akan GAGAL dan kurangkan pengambilan gula atau air manis, berkarbonat, 3 in 1 dan juga makanan segera secara progress.

10. Letakkan KESIHATAN dan KECERGASAN sebagai PRIORITY NUMBER ONE bukan KURUS. Rasionalnya, bila dah FIT, mereka boleh buat aktiviti yang lebih mencabar lagi untuk menjadi kurus.

Apabila anda CERGAS dan SIHAT, anda lebih mudah KURUS berbanding sebaliknya.

GET FIT TO PLAY SPORTS NOT PLAY SPORTS TO GET FIT

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page ini dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

Khamis, 30 Julai 2015

PILIHAN BIJAK

Setiap manusia mempunyai pilihan. Bukan hanya nak jimat daripada GST dengan buat nasi goreng GST sahaja atau tak suka dengan Politik Malaysia, keluar dari Malaysia tapi nak KURUS pun kita mempunyai pilihan.

Saya sering ingatkan, ada pelbagai kaedah yang boleh dipilih untuk kurus. Dalam infografik ni, kita boleh pilih samada nak kurus dengan cara berdiet, bersenam atau menggunakan supplement. Ketiga-tiga kaedah ini berkesan untuk anda kurus DAN ketiga-tiga kaedah ini juga mempunyai kesan "rebound" (besar semula) apabila anda berhenti lakukan atau gunakan

TAPI

Adakah anda fikir KESAN MASA PANJANG terhadap KESIHATAN & KECERGASAN anda?

--> Tips
SENAMAN dapat menguatkan otot, jantung, sendi, postur, mengurangkan stress, meningkatkan keyakinan diri dan banyak lagi berbanding dengan DIET & SUPPLEMENT.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~
#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert

RAHSIA DIET BERKEKALAN

Antara tanggapan-tanggapan yang salah dalam diet adalah

- berlapar
- semua tak boleh makan
- makan makanan yang sama @ tak biasa makan

Diet akan kekal dan berjaya apabila ianya menjadi GAYA HIDUP.

Sekiranya dahulu anda suka makan dengan pinggan yang penuh, kini DIDIKLAH diri anda dengan mengurangkan "portion" makanan anda. Mulakan perlahan-lahan sehinggalah anda dapat menyesuaikan diri anda dan ianya menjadi GAYA HIDUP anda.

--> Tips
Setiap perubahan perlulah dilakukan secara PROGRES agar proses ADAPTASI berlaku untuk merubah tabiat atau tingkahlaku. KEGAGALAN sesuatu perubahan kerana ia dilakukan secara DRASTIK!

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Rabu, 29 Julai 2015

PROGRAM BARU - "KURUS CEPAT"

Tahukah anda kata-kata "MIND AND BODY CONNECTION" itu memang benar-benar wujud? Mungkin segelintir daripada anda berfikiran ianya satu kata-kata motivasi atau "mind setting"

Tapi

Sebenarnya ia lebih daripada itu. Di dalam program ini, anda mengalami satu program latihan yang LAIN DARIPADA YANG LAIN.

APA KEUNIKAN PROGRAM INI?
Otak manusia mempunyai kemampuan yang luar biasa tapi malangnya kita hanya menggunakan 12% daripadanya sahaja. Apa yang akan terjadi apabila otak anda diaktifkan lebih daripada 12%? Pernah lihat filem LUCY? Filem itu menceritakan segala-galanya apabila otak digunakan lebih dari biasa.

TAK PERLU DIET
Di dalam program ni, saya BELANJA anda 1 sesi yang dipanggil RESETTING PSYCHOLOGICAL HUNGER (RPH) dimana anda mampu mengawal nafsu makan anda dengan sendirinya TANPA paksaan kerana kegagalan sesuatu diet adalah disebabkan oleh NAFSU MAKAN. Secara tidak langsung, anda telah wujudkan "calorie deficit"

REBUT PELUANG
Peluang hanya dibuka kepada 10 orang di Johor Bahru.. Saya ulang, TERHAD kepada 10 orang sahaja, promosi sempena Hari Raya!! Jangan lepaskan peluang ini. Rasai apa yang dikatakan "The POWER of BODY n MIND CONNECTION".

Sekiranya anda berminat, boleh hubungi seperti yang tertera di poster.

Untuk info kesihatan, kecergasan dan kecederaan, like laju-laju page Bahagia Jemali dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Sharing is caring.

--> Tips
Program ini berbeza dengan program PT yang lain kerana ia menggunakan kekuatan MINDA anda untuk mencapai impian anda.
ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIR

~BAHAGIA JEMALI~

#5kepingkuihsehari
#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork