Sabtu, 24 Januari 2015

Makan Sikit TAPI Masih Gemuk..


"Saya makan sikit je..."
"Saya tak makan nasi, makan kuih dengan kerepek je"

Pepatah orang-orang lama, "Hidup Untuk Makan BUKAN Makan Untuk Hidup". Kita semua telah dididik daripada kecil untuk hidup untuk makan. Tak percaya? Cer tengok masa berbuka puasa. Semua makanan yang dibeli WAJIB dihabiskan.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Tips : Bila nak makan, cuba "recall" dulu apa yang dah dimakan dalam sehari bermula daripada pagi. Kalau dah ambil makanan yang nilai kalorinya tinggi, jagalah kalori anda selepas itu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
*sekiranya artikel ini membantu, sila share kepada rakan-rakan anda untuk pengetahuan mereka

~BAHAGIA JEMALI~

#YourBeautyPhysicalExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

NAK PUNGGUNG SEKSI?...


Kita belajarlah sikit bahasa Anatomi. Lepas ni kalau anda jumpa doktor, anda boleh bercakap begini "Doktor, deltoid (bahu) saya ni sakit, susah nak angkat". Tapi jangan salah cakap dah lah, nak cerita pasal bahu tapi cakap "gluteal" (Punggung) hahaha

Hari ni, saya nak share mengenai otot Glutes (Punggung). Memandangkan ramai yang like mengenai video yang saya post hari tu "Nak Punggung Mantap"?... Saya percaya anda semua sukakannya.

Secara logiknya, otot bila dilatih akan membesar sedikit saiznya. Bagi wanita, dia tidak membesar sepertimana lelaki. Dah tu, tunggu apa lagi?..Buatlah SQUAT untuk dapatkan "glutes" idaman anda. Ke nak sapu dan gosok-gosok supaya dia besar. Saya takut bila gosok nanti keluar JIN.. hehehe

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Tip : bile buat squat, pastikan lutut tidak lebih daripada hujung kaki untuk mengelakkan kecederaan lutut. Saya cuba cari video yang terbaik untuk anda. Tungguuuu...

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
*sekiranya artikel ini membantu, sila share kepada rakan-rakan sebagai pengetahuan mereka. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Jumaat, 23 Januari 2015

AIR ISOTONIK MENGGEMUKKAN?

Minum Air Isotonik Boleh Menggemukkan?

Adakah anda tahu setiap air ada nilai kalori.. Jadi anda kena bijak memilih air. Salah satunya adalah air isotonik.. Saya perhatikan ramai klien perempuan suka minum air isotonik semasa bersenam. Walaupun ia mempunyai nilai gula yang rendah berbanding air berkarbonat, tapi ade juga nilai kalorinya. Bila ditanya kenapa minum air isotonik, mereka menjawab "Saya tengok Datuk Lee Chong Wei minum untuk dapatkan tenaga.." Weiii!!!.. Korang ingat Datuk LCW tu nak kurus ke?

Air isotonik ni dibuat untuk menghasilkan tenaga. Cuba tengok kandungan gula.. Sedikit tinggikan.. Jadi sekiranya anda target untuk kurus, air ini kurang sesuai dengan anda kerana kandungan gula tinggi. Katakan anda dah buat cardio bakar sebanyak 250kcal, masuk air isotonik 250kcal..hmm..baik duduk rumah tengok tv..hehe

Jadi lebih baik minum air kosong semasa menjalani latihan sebab fokus ada adalah KURUS, bukan nk jadi ATLIT.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Tip : Banyakkan minum air masak dapat mengurangkan jumlah pengambilan kalori anda

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Tengok iklan itu boleh tapi jangan terpengaruh dengannya"

~BAHAGIA JEMALI~

Khamis, 22 Januari 2015

Tips Diet Paling Mudah!!!


Siapa cakap DIET tak boleh makan goreng-goreng atau tak boleh minum manis-manis. Sebenarnya DIET adalah merancang pemakanan seharian anda, bukan sekat makanan sahaja, itu tak boleh ini tak boleh..

Kalau nak kira, goreng pisang kolestrolnya tinggi akan tetapi kalau diambil dalam jumlah yang sedikit, ok lg..biasalah, makanan Oh Malaysiaku ni mana boleh lari daripada kolestrolkan...Macam saya, kalau rasa nak makan goreng pisang, saya beli sehenggit (dapatlah dalam 4 @ 5 keping). Bukan boleh jimat kalori jek tapi jimat duit. Heheheh..

So, rancang dan atur pemakanan anda agar risiko mendapat penyakit dan obesiti dapat dikawal. Inshaa ALLAH..

Tips : Mulakan dengan mengurangkan "portion" makanan anda dan minum banyak air suam.

~BAHAGIA JEMALI~