Rabu, 31 Disember 2014

POSTURAL ALIGNMENT

HP POSTURE

Bukan nak aibkan tp inilah senario dan realiti di Malaysia skrg. Duduk berdepan tp x berbual. Sepanjang tunggu makanan sampai, masing2 dgn hp masing2 (adalah dlm 20min)

Sedarkah anda bahawa bila anda melihat hp sebegini, anda merubah postur badan anda? Kepala dan bahu anda berubah dari Center of Gravity (COG) dan anda berisiko merubah struktur badan anda menjadi "Forward Head & Forward Neck". Ini boleh menjadi faktor penyumbang kepada sakit kepala, sakit bahu, sakit pinggang dan juga ibu jari anda (yg suka pegang hp sebelah tangan). X percaya? Lihat kedua ibu jari anda, sama x lekuknya? Kantolkan.. Hehehe

Berapa lama (minit) anda lihat hp sehari?
Berapa kali anda sengih2 seorg diri (mcm org gile) bile anda cek hp?
Berapa org yg tengah sengih baca mesej ni?.. Kantol lg..hehehe

So, kalau anda tak "counter" kembali dgn exercise yg betul, mcm mana anda nak kuatkan balik otot antagonist anda agar dpt memegang strukturnya dgn baik?

Bak pepatah orang putih..
"A good stance and posture reflect a proper state of mind"

~BAHAGIA JEMALI~

#bodynmindconnection
#posturalalignment
#movementfunctional
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Rabu, 5 September 2012

KALORI 1 - Apa itu kalori?

Kalori atau kita selalu tengok (kcal) di dalam setiap Nutrition Fact ni adalah suatu unit tenaga. Ia selaluya dikira dengan adanya 3 sumber macronutrient karbohidrat, protein dan lemak. Untuk pengetahuan anda, setiap sumber makronutrient ni membawa nilai kcal yang berbeza seperti
  1. Karbohidrat    =  4kcal
  2. Protein           =  4 kcal
  3. Lemak            = 9 kcal
 Faham ke x perkara ni? Ini adalah asas didalam pengiraan kalori.. Bak mai saya bantu anda semua  untuk lebih faham....


Selalunya kita akan jumpa dengan kandungan nutrisi (seperti disebelah) bagi setiap makanan yang kita beli. Kita boleh lihat kandungannya seperti di bawah

Fat                       1g x 9kcal = 9kcal
Protein                1g x 4kcal  = 4kcal
Carbohydrate        2g x 4kcal  = 8kcal
Calories                                = 22kcal (dalam tu tulis 20kcal.. lebih krg lah)

   


So boleh faham x ni? Jadi perkiraan kalori adalah seperti yang berikut. Apa2 sahaja yang kita consume, kita perlu timbang dahulu.. contohnya nasi putih, berapa gram yang kita ambil, selepas tu darabkan dengan 4kcal, so kita boleh agak berapa kcal yang diambil.

Ini adalah ASAS kepada kiraan kalori. Selepas ini saya akan menceritakan mengenai DCR (Daily Calorie Requirement) pula..

Ujian SEGAK - Tercapai ke motifnya?

UJIAN SEGAK
Nama ujian ni je dah GAH! SEGAK, tapi kadang2 kita terfikir apa motifnya? Ujian ini dilakukan 2 kali setahun..

Saya difahamkan antara OBJEKTIF ujian SEGAK ini adalah untuk murid  
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan 
   aktiviti kecergasan secara sistematik
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. 

Rujukan : http://www.scribd.com/doc/20908113/BUKU-PANDUAN-SEGAK-2009

Memang ujian ni diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid mengenai tahap kecergasan, tapi adakah ianya berbaloi dengan memberi kesedaran tanpa ada apa2 tindakan susulan? Adakah kita sebagai ibu bapa pernah mengambil berat tentang perkara ini? Apa yang kita pentingkan adalah PENCAPAIAN AKADEMIK, tapi KECERGASAN FIZIKAL diambil remeh. Anak2 gemuk dan tidak cergas dibiarkan. Adakah objektif no4 yang diatas itu akan dicapai? Mmm.... Fikir2kan lah...

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingi mengupas seditki mengenai Falsafah Pendidikan Negara - Melahirkan insan yang SEIMBANG dari segi JASMANI, EMOSI, ROHANI, INTELEK dan SOSIAL (JERIS) tapi adakah ianya dilaksanakan dasar FPN ini disemua sekolah dengan SEIMBANG? Rasanya tidak kerana sekolah mengejar semata2 pencapaian AKEDEMIK iaitu melalui KEPUTUSAN PEPERIKSAAN. Jesteru itu, banyak sekolah menganjurkan kelas2 tambahan yang membuatkan pelajar semakin bosan dan diikuti pula dengan kelas tuisyen di luar. Pelajar akan kepenatan sekaligus mengalami stress akibat bebanan yang ditanggungnya.

Jadi, pada saya, keputusan Ujian SEGAK ini perlu diambil serius oleh semua pihak bagi melahirkan murid yang cergas dari segi fizikal kerana kecergasan menyeluruh boleh membantu pelajar menghindari diri mereka daripada pelbagai penyakit.  ACSM (American Collage of Sports Medicine) menyatakan bahawa orang biasa WAJIB melakukan senaman sekurang2nya 30minit sehari = 3x seminggu utnuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan mereka.

Pihak Sekolah : perlu menganjurkan program untuk memastikan murid2 mencapai tahap kecergasan yang sepatutnya. Jangan bebankan program ini kepada guru, serahkan kepada NGO atau pakar diluar kerana ia melibatkan satu sistem latihan dan pemakanan yang sistematik dan memerlukan program pemantauan yang khusus.

Pihak KPM : menjadikan Ujian SEGAK ini adalah salah satu Ujian yang WAJIB LULUS seperti Ujian PAFA (Agama). 

Sekiranya perkara ini dapat direalisasikan, saya rasa masalah OBESITI akan dapat dibendung kerana dari kita dapat memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan menjaga kecergasan mereka daripada akar umbi lagi. Malah terbukti dengan melakukan senaman dapat mengurangkan stress dan menjadikan kita lebih cergas dan berkeyakinan tinggi.

(kita boleh lihat di Spore, remaja mereka akan dilatih di dalam pasukan NS (National Service) selama 2 tahun secara kaw2 dan kita boleh lihat perubahan mereka dalam masa tersebut.  Lebih berdisiplin dan berfizikal.)