Nama ujian ni je dah GAH! SEGAK, tapi kadang2 kita terfikir apa motifnya? Ujian ini dilakukan 2 kali setahun..
Saya difahamkan antara OBJEKTIF ujian SEGAK ini adalah untuk murid
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan
aktiviti kecergasan secara sistematik
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.
Rujukan : http://www.scribd.com/doc/20908113/BUKU-PANDUAN-SEGAK-2009

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingi mengupas seditki mengenai Falsafah Pendidikan Negara - Melahirkan insan yang SEIMBANG dari segi JASMANI, EMOSI, ROHANI, INTELEK dan SOSIAL (JERIS) tapi adakah ianya dilaksanakan dasar FPN ini disemua sekolah dengan SEIMBANG? Rasanya tidak kerana sekolah mengejar semata2 pencapaian AKEDEMIK iaitu melalui KEPUTUSAN PEPERIKSAAN. Jesteru itu, banyak sekolah menganjurkan kelas2 tambahan yang membuatkan pelajar semakin bosan dan diikuti pula dengan kelas tuisyen di luar. Pelajar akan kepenatan sekaligus mengalami stress akibat bebanan yang ditanggungnya.
Jadi, pada saya, keputusan Ujian SEGAK ini perlu diambil serius oleh semua pihak bagi melahirkan murid yang cergas dari segi fizikal kerana kecergasan menyeluruh boleh membantu pelajar menghindari diri mereka daripada pelbagai penyakit. ACSM (American Collage of Sports Medicine) menyatakan bahawa orang biasa WAJIB melakukan senaman sekurang2nya 30minit sehari = 3x seminggu utnuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan mereka.
Pihak Sekolah : perlu menganjurkan program untuk memastikan murid2 mencapai tahap kecergasan yang sepatutnya. Jangan bebankan program ini kepada guru, serahkan kepada NGO atau pakar diluar kerana ia melibatkan satu sistem latihan dan pemakanan yang sistematik dan memerlukan program pemantauan yang khusus.
Pihak KPM : menjadikan Ujian SEGAK ini adalah salah satu Ujian yang WAJIB LULUS seperti Ujian PAFA (Agama).
Sekiranya perkara ini dapat direalisasikan, saya rasa masalah OBESITI akan dapat dibendung kerana dari kita dapat memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan menjaga kecergasan mereka daripada akar umbi lagi. Malah terbukti dengan melakukan senaman dapat mengurangkan stress dan menjadikan kita lebih cergas dan berkeyakinan tinggi.
(kita boleh lihat di Spore, remaja mereka akan dilatih di dalam pasukan NS (National Service) selama 2 tahun secara kaw2 dan kita boleh lihat perubahan mereka dalam masa tersebut. Lebih berdisiplin dan berfizikal.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan