Rabu, 5 September 2012

KALORI 1 - Apa itu kalori?

Kalori atau kita selalu tengok (kcal) di dalam setiap Nutrition Fact ni adalah suatu unit tenaga. Ia selaluya dikira dengan adanya 3 sumber macronutrient karbohidrat, protein dan lemak. Untuk pengetahuan anda, setiap sumber makronutrient ni membawa nilai kcal yang berbeza seperti
  1. Karbohidrat    =  4kcal
  2. Protein           =  4 kcal
  3. Lemak            = 9 kcal
 Faham ke x perkara ni? Ini adalah asas didalam pengiraan kalori.. Bak mai saya bantu anda semua  untuk lebih faham....


Selalunya kita akan jumpa dengan kandungan nutrisi (seperti disebelah) bagi setiap makanan yang kita beli. Kita boleh lihat kandungannya seperti di bawah

Fat                       1g x 9kcal = 9kcal
Protein                1g x 4kcal  = 4kcal
Carbohydrate        2g x 4kcal  = 8kcal
Calories                                = 22kcal (dalam tu tulis 20kcal.. lebih krg lah)

   


So boleh faham x ni? Jadi perkiraan kalori adalah seperti yang berikut. Apa2 sahaja yang kita consume, kita perlu timbang dahulu.. contohnya nasi putih, berapa gram yang kita ambil, selepas tu darabkan dengan 4kcal, so kita boleh agak berapa kcal yang diambil.

Ini adalah ASAS kepada kiraan kalori. Selepas ini saya akan menceritakan mengenai DCR (Daily Calorie Requirement) pula..

Tiada ulasan: