Rabu, 5 September 2012

NAFSU atau KEPERLUAN?

Kebanyakan kita selalu makan tengahari diluar..  Itu perkara biasa bagi kita yang berkerjaya.. Ada yang bawa bekal dari rumah, tapi tak ramai.. Selalunya, bila kita makan diluar, kita akan selalu berhadapan dengan 2 senario seperti ini

Ahmad
Sampai di kedai, tanpa melengahkan masa mencapai pinggan kosong dan diisinya dengan nasi penuh sepinggan (macam bukit).. Selepas itu dibelek lauk-pauk yang ada.. Kalau ada tiga tingkat, dibeleknya satu2.. Ada asam pedas ikan, kari ayam, sambal udang, daging kicap, ayam goreng, paru goreng dan banyak lagi.. Semuanya dibelek dengan bernafsu..

Kalau nak ikutkan, semuanya nak diambilnya.. Kalaulah ini jamuan (makan free), setiap satu akan diambilnya...Tapi akhirnya Ahmad memilih kari ayam dan paru goreng sambal + bagedel.. Kuah kari banjir beb, baru ada kick..

Mmm.. still boleh ditambah lagi untuk rasa lebih kick.. sambal udang (udang x ambil coz save budget) untuk tambah selera

Air pun diordernya Milo Ais (konon2 air yang berkhasiat)...


Ali
Sampai di kedai, dengan relaks dan berhati-hati diisinya nasi 1/3 daripada pinggan... pastu sama seperti Ahmad, membelek lauk secara tenang sambil berfikir... Apa yang difikirnya? Ali memikirkan makanan yang mengandungi sumber makro nutrien utama iaitu Karbohidrat, Protein dan Lemak

So Karbohidrat dah ada (nasi), sekarang nak pilih Protein.. Mmm.. ada banyak lauk, ada ikan, ayam.. nak budget, Ali pun pilih ayam goreng belah dada... Letaklah sikit kari kat nasi agar ada rasa, tak lah kosong sangat.. Sumber protein dah settle, so skrg nk cari sumber Lemak, dalam ayam ni dah ada dah.. dan last skali ambillah timun n ulam sebagai penutup hidangannya...

Bagi melengkapi makan tengaharinya, air suam menjadi pilihan..


So, apa yang kita boleh lihat daripada senario Ahmad dan Ali? Ahmad makan mengikut NAFSU manakala Ali makan mengikut KEPERLUAN.. Sesungguhnya secara sedar atau tidak, kita semua telah tergolong di dalam golongan Ahmad yang makan ikut NAFSU bukan KEPERLUAN.. So jangan cakap kenapa saya tak kurus, kenapa saya gemuk sebab anda tidak MAKAN UNTUK HIDUP, tapi anda HIDUP UNTUK MAKAN.. -peace no war-

Tiada ulasan: