Ahad, 21 November 2010

Apa itu AEROBIK?...


Aerobic jom!!!....

Aerobic, aerobic, aerobic... tau ke apa tu aerobic?

Selalunya bila sebut je pasal aerobic, kita semua dah terbayang satu pergerakan yang berunsurkan tarian, joget ala poco-poco dan sebagainya. Pergerakan dan aktiviti ini dikenali sebagai SENAMROBIK

Inilah masalah orang2 kat Malaysia ni.. Main cakap je tp x tau apa maknanye...heheheh

So, ingin saya jelaskan disini, aerobic adalah satu pergerakan yang dilakukan dengan menggunakan oksigen (dengan kehadiran oksigen). Seperti contoh, kita melakukan aktiviti berjalan, berbasikal, berenang, senamrobik, circuit training low intensity dan sebagainya dengan syarat tidak tercungap-cungap. Jika kita melakukan aktiviti dengan tercungap2, itu bermakna kita telah menukar sistem tenaga kepada anaerobik (tanpa menggunakan oksigen) seperti berlari pecut, angkat berat dan banyak lagi...

Oleh itu, lebih baik kita klasifikasikan perkataan yang betul agar tak diketawakan oleh orang lain...heheheh

Sabtu, 20 November 2010

Bersenam?... Penting ke?....

DOSE RESPONSE PROFILE

"Saya tak payah exercise, saya dah kurus dah…."


"Saya hari-hari buat kerja rumah, tak payah exercise lagi...."



"Member saya cakap buat exercise kena 15 kali ulangan, saya buat apa yang saya mampu aje..."



Semua dialog2 ni selalu kita dengar dan seringakali dialog ni keluar time tu juga telinga aku ni berdesing.... perghhhh... kalau camtu, orang kurus, suri rumah takde yang kena diabetes atau sakit jantung, sakit-sakit sendi dan sebagainya.

Camni, untuk pemahaman semua, bersenam adalah satu pergerakan yang dirancang untuk mencapai objektif kecergasan dan sekaligus kita dapat menikmati kualiti hidup baik. Oleh itu, bersenam perlulah dengan cara yang betul, bukan main bantai je...

Seperti contoh, kalau kita sakit doktor akan beri kita ubat dan setiap ubat akan ada preskripsinya yang berlainan. Makan ubat ni 3 kali sehari selepas makan. So, kalau dah diberi dose seperti tu, kita kenalah ikut 3 kali sehari untuk mendapat kesan yang positif. Jika kita telan ubat tu lebih daripada 3 kali sehari dengan harapan untuk cepat baik, so kita akan OVERDOSE. Kalau sebaliknya pula, kita malas nak makan so TAK CUKUP DOSE pula. Begitu juga dengan bersenam. Kita perlulah bersenam dengan mengikut DOSE RESPONSE PROFILE.

Bersenam perlu 3-4 kali seminggu. Ini kerana untuk mengekalkan metabolisme badan agar sentiasa berada di puncak dan memberikan masa rehat di antara hari latihan untuk membenarkan proses pemulihan berlaku

Semasa bersenam, yang membezakan senaman yang terancang atau tidak adalah INTENSITI atau BEBANAN. Kita perlu mewujudkan stress dan rintangan untuk otot dan tulang kita menjadi semakin kuat. Bebanan perlu dilakukan secara progress daripada ringan ke berat. Daripada sistem latihan yang baik, kita boleh mendapat kesan latihan yang berlainan seperti membesarkan otot, mengurangkan lemak, meningkatkan kecergasan dan sebagainya adalah bergantung kepada INTENSITI LATIHAN.

Latihan perlulah variasi dan pelbagai. Kita perlu mewujudkan keseronokan di dalam latihan. Latihan boleh dikategorikan kepada 2 iaitu latihan aeobik dan anaerobik.

Masa berlatih pula perlulah dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit. Untuk pengetahuan semua, bersenam boleh dikumpulkan waktunya contohnya bangun pagi pergi jogging sebelum kerja selama 20 minit. Balik kerja sambung jogging selama 20 minit lagi dan kita boleh kira total aktiviti jogging kita selama 40 minit. (dengan syarat pada hari yang sama)

Oleh itu, bersenamlah dengan bijak dan janganlah bersenam sehingga mendedahkan diri kepada kecederaan. INGAT, ADA SENAMAN YANG SESUAI DAN ADA SENAMAN YANG MERBAHAYA UNTUK TUBUH BADAN KITA. Jadi, dapatkan nasihat daripada yang Qualified Personal Trainer anda, bukan daripada orang yang tiada knowledge ataupun Wannabe Personal Trainer….

Jumaat, 19 November 2010

FITNESS CAMP FOR KIDS



(klik poster untuk besarkan)

Program ini dirangka khas untuk kanak-kanak sempena cuti sekolah ini. Ianya adalah gabungan elemen FITNESS dan OUTDOOR yang satu-satunya diadakan di Johor Bahru ini.

Objektif utama kami adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan bersenam di dalam kehidupan, bahaya obesiti dan pendedahan kepada penyakit hipo-kinetiik

Peserta juga akan mengalami satu pengalaman bagaimana menjalani kehidupan di ’uncomfortable zone’ (serba kekurangan seperti tidur di khemah, menguruskan diri sendiri, berjauhan daripada keluarga dan banyak lagi). Peserta akan diajar bagaimana untuk berdikari dan bergaul dengan rakan-rakan yang lain dari latar belakang yang berbeza.

Disamping itu, program-program yang dirancang dapat menguji ketahanan mental, semangat setia kawan, semangat berpasukan, berdikari, memupuk sifat kepimpinan dan banyak lagi.

Ayuh!!!! Berikan anak anda peluang dan pengalaman berharga ini agar mereka dapat memenuhi perkembangan diri dan potensi diri mereka sendiri.


Leadership, Knowledge and Skill
Program ini dikendalikan dengan kerjasama
1) Kelab Kecergasan Fizikal dan Sukan Massa Johor Bahru
2) Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia
3) Jabatan Belia dan Sukan Johor


Harga RM 150 termasuk dengan 
1. Kos Penginapan
2. Kos Pengangkutan
3. Kos Makan & Minum
4. Kos Konsultansi
5. Kos Insurans
dan 
Sijil dikeluarkan oleh JABATAN BELIA DAN SUKAN JOHOR.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Muhamad 013 7277007 dan En Sham 017 785 9674

Ahad, 1 Ogos 2010

MENGAPA ANDA PERLU BERSENAM
Adakah anda pernah mendengar ungkapan "gunakan atau hilang / use it or lose it?". Memang benar ungkapan itu, jika anda tidak menggunakan otot anda untuk melakukan senaman, anda pasti akan kehilangan beberapa sistem di dalam badan anda antaranya otot-otot anda akan menjadi lemah, jantung dan paru-paru tidak berfungsi secara cekap dan sendi anda akan menjadi kurang fleksibel dan mudah mendapat penyakit

Bersenam dapat membantu mencegah penyakit
Tubuh manusia direka untuk bergerak, oleh itu tubuh kita memang perlu berlatih untuk memenuhi keperluan tersebut. Senaman yang teratur dan terancang yang memenuhi DOSE RESPONSE PROFILE akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit lain. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri anda dan melambatkan proses penuaan.

Menguat dan membentuk (tone) otot
Latihan bebanan dan rintangan dapat menambah kekuatan otot, ligamen dan tulang serta meningkatkan dayatahan otot. Melalui latihan ini, postur kita akan berubah kepada keadaan yang sepatutnya dan sekaligus perjalanan saraf akan lebih efisen dan kita bukan hanya merasa lebih baik malah akan kelihatan lebih cergas juga

Meningkatkan fleksibiliti
Regangan juga penting bagi membentuk postur yang baik untuk memastikan otot boleh meregang dan melentur agar anda dapat membongkok, melipat dan memusing. Regangan perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko kecederaan terutama terhad di dalam pergerakan (limited range of motion). Teknik regangan juga dapat digunakan sebagai terapi bagi mengendurkan otot-otot spesifik yang tegang untuk mendapatkan keselesaan yang optimum

Mengawal berat badan
Bersenam adalah kunci untuk menurunkan berat badan. Dengan latihan yang terancang, intensiti yang betul, jenis latihan yang sesuai dengan badan ianya dapat membantu untuk menurunkan berat badan.

Meningkatkan kualiti hidup
Jika anda menjalankan aktiviti bersenam secara berterusan, anda akan mengalami proses perubahan di dalam kehidupan anda seperti dapat mengurangkan stress, mengurangkan risiko penyakit seperti (sakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi), mendapat kualiti tidur yang baik, awet muda dan banyak lagi.