Khamis, 15 Oktober 2015

TESTIMONY MBFC

Peserta ini adalah peserta wanita yang paling senior dalam program My Body Fit Camp.

Pada mula penyertaan beliau, saya dapat lihat beliau sedikit "struggle" untuk mengikuti latihan. Maklumlah, berlatih bersama orang-orang muda.

Tapi hati beliau sungguh cekal dan kuat. Beliau teruskan juga latihan dengan penuh disiplin.

Kalau dilihat dari gambar, seperti tiada perubahan yang ketara tapi peserta ini menyatakan beliau merasakan dirinya semakin kuat, sakit lututnya berkurangan dan ototnya juga semakin firm.

Adakah KURUS masih penting bagi golongan emas ini atau KESIHATANNYA?..

Favourite all time
Dulu beliau paling tak suka flip tayar tapi sekarang beliau siap tanya saya

"En Bahagia, kalau tak buat apa-ala dengan tayar ni, boleh tak hantar kat rumah akak"... Ok.. yang ni tipu.. hahahaha

--> Tips
Tatkala seseorang itu memasuki usia emas, apabila ia memulakan latihan bebanan dan rintangan, kecergasannya akan MENINGKAT DENGAN DRASTIK berbanding dengan orang muda dan the beautiful part is, all their pain starts reduce & eventually gone!!

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

MINAT KEPADA BISNES

Saya sangat percaya kepada KELEBIHAN SETIAP DIRI MANUSIA.

Tak semestinya tak dapat straight A tak pandai, mungkin lemah dari segi AKADEMIK tapi ada KELEBIHAN ditempat lain.

Pengalaman saya, pernah berjumpa dengan seorang budak berumur 10 tahun. Bapanya berniaga disebuah warong agak top juga di JB. Budak ni memang tak pandai matematik.

So, saya tanyalah soalan rumus atau formula macam cari luas ke.. semua dia jawab tak tahu..

Then saya tanya dia soalan masalah, saya create satu situasi yang relate dengan kehidupan dia membantu bapa dia berniaga. Saya tanya "Ali pergi kedai bawa rm10.. Beli barang harga rm5.40, bape bakinya?

Spontan dia jawab rm4.60 dan beberapa lagi soalan tentang duit, semua dia boleh jawab.. hahaha

So, perlu ke dia nak belajar cari luas, kira tinggi semua? Lebih baik dia diajar berniaga dan expend perniagaan bapa dia.

Sekarang saya nampak budak ni dah besar dan bantu perniagaan bapanya. Semoga perniagaanmu bertambah maju..

--> Tips
Ibu bapa seharusnya mengenali BAKAT dan KELEBIHAN anaknya. Asah kemahiran mereka sehingga mereka mampu menukar minat mereka menjadi sebagai KERJAYA.

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 14 Oktober 2015

TESTIMONIALS MBFC

Testimoni kali ni sanggup menempuh cabaran untuk menyertai My Body Fit Camp.

Sebenarnya, cabaran yang paling utama yang perlu anda tempuh adalah DIRI ANDA SENDIRI. Bagaimana mahu berjaya kalau belum buat dah ada 1001 alasan.

Saya ambil contoh peserta ini, beliau bekerja mengikut shif, balik dari kerja jam 6pagi dan terus bergegas ke tempat latihan. Beliau juga mengikuti latihan dengan penuh disiplin dan hasilnya... beliau berjaya mengecilkan saiz badan beliau.

Pada sesiapa yang bakal menyertai program latihan MBFC ni, jangan salahkan saya kalau baju dan seluar anda dah mula LONGGAR!!!

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 13 Oktober 2015

BERAT vs SAIZ

Keunikan program kami ini adalah,

"KAMI FOKUS KEPADA SAIZ BADAN BUKAN BERAT BADAN"

MENGAPA?...
Sebelum saya terangkan, saya gambarkan anda satu senario dahulu.. Katakanlah anda berjalan-jalan dan terserempak dengan rakan lama... Dialog dia lebih kurang begini..

"Eh Vida.. Aku tengok ko sekarang ni semakin KECILLAH. Berapa BERAT ko sekarang?

Ok, perhatikan ayat di atas. Yang mana satu rakan anda tanya dulu?... PENAMPILAN atau BERAT?...

Faham maksud sayakan?.

Balik kepada soalan, mengapa saya lebih fokus kepada SAIZ?

Secara psikologinya, apabila manusia tidak dapat mencapai sesuatu berat yang mereka inginkan, mereka akan FRUST!!!

TAPI

Mereka lupa pula bahawa badan mereka menjadi semakin mengecil dan cantik. Jadi kenapa masih ingin melihat kepada berat lagi?...

Terutama mereka yang mengikuti latihan bebanan, kadang-kadang ada yang naik beratnya tapi badannya semakin cantik dan "toning".

Ini adalah salah satu testimonials MBFC pada tahun lepas. Beratnya tak berlaku perbezaan yang ketara tapi anda dapat lihat badannya menjadi lebih cutting.

MASIH LAGI OBSES DENGAN BERAT ANDA?

Sertai program My Body Fit Camp​ kami yang akan bermula pada 30.10.2015 ini. KAMI KOMITED MEMBANTU ANDA

Ikuti perkembangan MBFC dipage ini

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Ahad, 11 Oktober 2015

DUDUK & SAKIT PINGGANG

FAKTA!!

Duduk terlampau lama boleh mengakibatkan anda SAKIT PINGGANG!

Dalam Ceramah POSTUR & ERGONOMIK yang selalu saya sampaikan, saya sering menekankan kesan buruk ni.

Samada anda memandu atau bekerja dihadapan komputer, anda lebih terdedah kepada sakit belakang dan bahu.

Punca secara spesifik tidak diketahui tapi salah satu faktor penyumbang adalah disebabkan oleh masalah POSTUR.

BAGAIMANA NAK BETULKAN POSTUR
Jawapan saya mudah sahaja, postur boleh diperbetulkan melalui pelbagai kaedah rawatan.  Salah satu daripadanya adalah melalui kaedah manipulatif manakala SENAMAN penting untuk mengaktifkan kembali sistem tubuh badan kita

PENCEGAHAN
Sekiranya anda memandu atau melakukan kerja dihadapan komputer dalam 1-2 jam berterusan, rehatlah sebentar 2-3 minit dan lakukan:-

1. Regangan dibahagian bahu dan leher
2. Minum air suam
3. Pandang sebentar ke tempat yang berwarna hijau (nature)
4. Tarik nafas dengan dalam 3-5x
5. Dan sambung kembali

--> Tips
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp

PERLAKSANAAN MBFC

Ramai yang bertanya mengenai perlaksanaan MBFC program ini....

Saya jawab secara umum kerana saya menerima soalan-soalan ini daripada semalam agar semua jelas bagaimana perjalanan program ini..

Mai ceq explain sat nooo.....

1. Program ini dijalankan selama 6 minggu

2. Latihan hanya dijalankan pada setiap hari JUMAAT dan SABTU sahaja

3. Latihan bermula jam 0615 hingga 0715. Walau bagaimana pun, sekiranya anda ingin meneruskan latihan di Paragon Fitness selepas waktu latihan, ianya tiada masalah

4. Lokasi latihan adalah di Paragon Fitness sahaja. Tiada tempat lain.

5. Anda boleh menggunakan kemudahan seperti sauna, steambath, bilik mandi dan locker selepas waktu latihan

6. Bagi sesiapa yang berkerja, anda boleh menggunakan bilik mandi di sana untuk persiapan diri sebelum ke tempat kerja

7. Latihan ini dijalankan secara berkumpulan

8. Latihan akan dikendalikan oleh Jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman

9. Kami menggabungkan latihan moden dan tradisional didalam program ini. Bermaksud ada latihan yang menggunakan mesin dan juga free weight

10. Diet Konsultan kami akan berinteraksi dengan anda di dalam Whatsapp group sahaja. Segala pertanyaan anda akan dijawab oleh beliau. Inshaa ALLAH

11. Kami juga menyediakan tempat untuk menunaikan SOLAT SUBUH. Tak perlu menginap disana, anda boleh datang pada jam 6am. Kami sarankan agar kita dapat SOLAT BERJEMAAH bersama-sama agar tidak terlambat menjalani latihan

12. Anda FIT atau FAT, yang paling penting anda bebas daripada sebarang penyakit untuk menyertai program kami. Tiada istilah NEWBIES dalam program ini.

Sekiranya ada apa-apa soalan, boleh tanya diruang komen atau Perdana Menteri saya...

Teruskan mengikuti perkembangan di page Bahagia Jemali.

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp

PENDAFTARAN MBFC DIBUKA SEKARANG

Setakat dibuka pendaftaran, dah ada 5 orang yang dah register dan ramai yang bertanya...

Cepat bertindak!!!

Harga yang menarik untuk anda...  saya re-post semula utk anda

Bismillah Hirrahma Nirrahim

My Body Fit Camp tahun ini dijalankan dengan lebih eksklusif.

>>DIET PEMAKANAN
Kami berkolaborasi dengan Susu Sejat sebagai DIET KONSULTAN sepanjang program dijalankan bagi membantu merangka pelan pemakanan anda

BONUS : INTERAKSI LIVE bersama SS di whatsapp selama 2 jam setiap hujung minggu

dan

EBOOK DARI SUSU SEJAT
SS akan buatkan 1 E-Book khas untuk anda

>> PARAGON FITNESS
Gim yang mempunyai keluasan 19000sq ft dan peralatan berjenama TECHNO GYM yang HIGH END dengan lebih 20 mesin kardio dan ruang latihan 3 tingkat membuatkan ianya satu tempat yang sangat eksklusif.

>> PERTANDINGAN
Kali ini, pertandingan kami lebih menumpukan 3 aspek iaitu
a. 50% markah - saiz pinggang
b. 30% markah - body fat
c. 20% markah - berat badan

>> HADIAH
Dan hadiah sebanyak 6 tempat ditawarkan dan kali ni agak lumayan dengan

~Pertama : Treadmill + 3 bulan membership Paragon Fitness

~Kedua : Elliptical Trainer + 2 bulan membership Paragon Fitness + T Shirt BAHAGIA JEMALI

~Ketiga : Adjustable Benches + 1 bulan membership Paragon Fitness + T Shirt BAHAGIA JEMALI

~Keempat - Keenam : Swiss Ball + 1 bulan membership Paragon Fitness + T Shirt BAHAGIA JEMALI

>> EARLY BIRD
Pendaftaran 20 orang terawal akan mendapat BUKU DIARI DIET SUSU SEJAT yang bernilai RM25

Masih tidak cukup lagi?

>> KEMUDAHAN
Anda boleh menggunakan segala kemudahan seperti sauna, steambath, bilik mandi dan locker di Paragon Fitness selepas waktu latihan.

Tunggu.. Ada lagi...

>> FREE ENTRY
Anda diberi peluang untuk menjalani latihan di Paragon Fitness sebanyak 3 kali pada bila-bila masa (terma dan syarat)

>> T SHIRT
Anda akan dibekalkan dengan sehelai t shirt untuk program ini.

Ok, menarikkan?.. Jadi semua yang diatas itu bukan bernilai RM1000, bukan juga RM500 tapi ianya hanya RM399 sahaja

>> PAKEJ
Nak diskaun lagi? Anda bantu kami, kami bantu anda..

Kami menawarkan lagi pakej berkumpulan untuk anda iaitu

3 orang = RM 379 x 3
5 orang = RM 369 x 5

Jadi, adakah nilai yang anda bayar ini masih mahal dengan apa yang kami beri?

Jom daftar sekarang. Kami yakin anda mencapai impian anda dan juga segala pelaburan anda pasti BERBALOI-BALOI.

--> Tips
Kami komited membantu anda mencapai impian anda... Adakah anda bersedia?....

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp

Jumaat, 9 Oktober 2015

MBFC DI PARAGON FITNESS

Alhamdulillah... Syukur kepadaMu Ya ALLAH kerana telah memudahkan lagi urusan penganjuran My Body Fit Camp

Kali ni, pihak Paragon Fitness telah bersetuju untuk membenarkan kami menyewa dan menjalankan program ditempat mereka.

Senarai semak saya...
Susu Sejat sebagai Diet Konsultan - DONE
Paragon Fitness lokasi MBFC - DONE
Jurulatih - DONE
Hadiah LUMAYAN - DONE

Bahagian saya dah siap.. Inshaa ALLAH saya akan keluarkan flyers esok sempena HARI SUKAN NEGARA..

Bagaimana dengan ANDA?..

ANDA DAH BERSEDIA menyahut cabaran MBFC 3rd Batch?!!!.....

Ikuti perkembangan dipage ini

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

JOM KITA CEK...

10 tips santai untuk mengetahui adakah anda OBES?

Jom kita cek sama-sama.. Adakah simptom obes ini ada pada diri kita...

1. Orang yang obes takkan sedar diri dia obes sehingga ada orang tegur atau mereka lihat dicermin (Eh.. Gemuknya aku.. Aarghh!!!)

2. Jalan kaki atau naik tangga sikit pun dah mengah-mengah. Bunyi nafas kuat dah macam orang lari pecut.

3. Mula cari produk kurus, pantang dengar mesti nak beli, tak kisahlah Terlajak Umur ke, Quda Hitam ke.. TAPI masih malas nak BERSENAM

4. Bab makan pula, mereka memang PANTANG jumpa makanan. Apa yang dihidang, dijamin licin. Sayang katanya. Mereka siap quote

"Sebutir beras ibarat setitik peluh petani" katanya. (tak masin ke? Huhu)

5. Kalau berdiri, dah tak nampak kaki anda dibawah sebab perut menjadi penghalang

6. Peha mula bergesel sebab dah membesar bagai JOHAN

7. Bila berlari, badan dah mula "bergegar-gegar"

8. Anda tak mampu pegang telinga kiri anda dengan tangan kanan dari arah belakang kepala

9. Anda baru je buat benda tu kemudian tersengih seorang-seorang

10. Itu juga salah satu tanda yang anda obes (sebab takut tak sampai nak capai telinga tu) hahahaha...

~BAHAGIA JEMALI~
#YourPhysicalBeautyExpert


Khamis, 8 Oktober 2015

CIRCUIT TRAINING - LATIHAN LITAR

Saya telah menjalankan latihan litar di gim hampir 10 tahun. Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit tips mengenainya

Latihan litar adalah latihan yang dirangka secara berstesen dan ianya dilakukan secara kitaran bermula dari stesen satu hinggalah ke stesen yang terakhir.

Latihan ini lebih menguji daya tahan jantung, otot dan juga kekuatan.

Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut kreativiti jurulatih. Paling penting ia mempunyai nisbah

"masa kerja : masa rehat"

TIPS!!
1. Apakah kelebihan latihan litar kepada anda:

Ia dapat meningkatkan kekuatan dan kecergasan dan sekaligus membakar lebih banyak jumlah kalori.

Gabungan latihan aerobik dan anaerobic yang dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu juga mampu memberi kesan yang positif kepada diri anda dari sudut fizikal, fisiologi dan juga psikologi.

2. Cabaran latihan:

Latihan litar kebiasaannya dijalankan oleh atlit. Walau bagaimana pun, orang biasa pun boleh melakukannya dengan mengikut kemampuan diri masing-masing.

Apabila badan anda telah dapat menyesuaikan diri, tingkatkan intensiti latihannya untuk mendapatkan kesan yang lebih baik

Ingat "Prinsip Latihan - Dari mudah ke sukar"

3. Siapa yang sesuai dengan latihan litar:

Semua orang yang sihat tubuh badan sesuai melakukannya. Sekiranya anda mempunyai penyakit yang kronik, dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum melakukan apa-apa senaman dan rujuk kepada jurulatih yang bertauliah mengenai jenis senaman yang sesuai dengan anda.

Latihan litar ini juga sangat sesuai dijalankan kepada golongan yang terlampau sibuk kerana ia menggabungkan aktiviti kekuatan dan daya tahan di dalam satu senaman.

Lagipun ianya satu aktiviti yang menyeronokkan apabila dilakukan secara berkumpulan

4. PERHATIAN NEWBIES

- Anda perlu tahu tahap kecergasan semasa diri anda.

- Lupakan segala pencapaian wakil daerah/negeri/negara yang anda pernah capai semasa zaman sekolah rendah anda kerana

DULU ANDA FIT TAPI SEKARANG ANDA FAT!!!

- Jangan ikut rakan anda yang dah lama jalankan latihan litar ini, kelak anda merana diri.

- Paling penting, ikut kemampuan dan keselesaan diri anda.

--> Tips
Jurulatih yang baik akan mengubah suai intensiti latihan litar mengikut tahap kecergasan dan kemampuan kumpulan yang dibimbingnya.

Selamat mencuba!!!

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Rabu, 7 Oktober 2015

DIET KONSULTAN

DIET!

Kalau cakap pasal DIET je, mesti ramai yang ingat TAK MAKAN atau TAK BOLEH MAKAN itu dan ini.

DAN

Kalau nak bincang pasal DIET ni pula, ianya sangat subjektif dan sukar.

Katakanlah nilai kalori antara BUBUR, NASI dan NASI GORENG.. Walau ianya berasal dari BERAS tapi hidangannya menjadikan nilai kalorinya berbeza.

Inshaa ALLAH..
Kami dalam peringkat akhir perbincangan untuk mendapatkan seorang DIET KONSULTAN untuk bersama dengan program kami yang bertujuan untuk MENDIDIK PESERTA MERANGKA PELAN PEMAKANAN YANG SESUAI DENGAN MEREKA.

Doakan segala semua urusan dan perbincangan ini dipermudahkan olehNya.
Aaminnnn

--> Tips
My Body Fit Camp kali ini dikendalikan oleh PAKAR-PAKAR yang ahli didalam bidangnya. Inshaa ALLAH

~BAHAGIA JEMALI~
#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Selasa, 6 Oktober 2015

RAHSIA KURUS

Tahukah anda?

PEMAKANAN adalah salah satu kunci penting didalam proses mengecilkan saiz badan?

Dan

SENAMAN juga penting untuk dilakukan untuk menjaga KECERGASAN dan KESIHATAN..

"Exercise is KING, Nutrition is QUEEN,
put them together and you've got a KINGDOM"

--> Tips
Ikut sunnah nabi
"Makan apabila LAPAR dan berhenti sebelum KENYANG

Lebih MUDAH, lebih AFDHAL dan lebih BERKESAN

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

MBFC 2014

Pada tahun 2014, MY BODY FIT CAMP dijalankan ditempat yang terbuka.

Terdapat beberapa perkara yang agak sukar dikawal ketika itu iaitu

1. Tempat latihan yang dijalankan dikawasan letak kereta dan terdapat beberapa buah kereta yang menghalang kawasan latihan program

2. Faktor cuaca yang tidak boleh dikawal seperti hujan.

3. Permukaan yang tidak sesuai yang memungkinkan kecederaan seperti luka berlaku

Dan banyak lagi...

Disebabkan oleh itu, kami bercadang untuk menganjurkan MBFC di sebuah GIM YANG EKSKLUSIF

Walaupun latihan dijalankan didalam gim, kami masih mengekalkan latihan "functional" dan kali ini menggabungkan kedua-dua kaedah moden dan tradisional

Yang pasti, kali ini program ini akan jadi lebih MENARIK, TERTARIK dan DA BOOM..

Ikuti perkembangan My Body Fit Camp ini dipage Bahagia Jemali

~BAHAGIA JEMALI~

#mybodyfitcamp
#YourPhysicalBeautyExpert

Isnin, 5 Oktober 2015

PROGRAM SETERUSNYA

Dalam proses perbincangan untuk program My Body Fit Camp yang akan datang..

Inshaa ALLAH..
Program kali ni lebih GEMPAK!!!

1. Tempat INDOOR yang sangat selesa dengan PELBAGAI KEMUDAHAN..

2. Hadiah yang lumayan dan lebih BERNILAI kepada diri anda...

3. Konsep latihan yang lain daripada yang lain...

Itu je setakat ni yang boleh saya kongsi.. Nak tahu lebih lanjut?.. Ikuti page ini..

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

Sabtu, 3 Oktober 2015

SELESAI BOOTCAMP BERSAMA JK1M (TEAM NUAIM)

Alhamdulillah... Syukur kehadrat ALLAH..

Selesai sudah pagi ini menjalankan program BOOTCAMP eksklusif bersama team JK1M (Team Nuaim) pagi ni.

Separuh daripada mereka telah merasai apa yang dikatakan THE POWER of BODY n MIND CONNECTION..

Semoga ianya memberikan satu pengalaman baru kepada anda semua...

Terus YAKIN, BERSEMANGAT dan ISTIQOMAH dalam perjuangan KURUS anda semua..

#kipidap #dondebab

Semoga dipermudahkan.. Inshaa ALLAH..

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

Jumaat, 2 Oktober 2015

THE POWER of BODY n MIND CONNECTION

Inshaa ALLAH esok pagi saya akan bersama peserta JK1M (team Nuaim) untuk menjalankan aktiviti BOOTCAMP!!

Kalau POWER saya cukup, saya buat satu BOOTCAMP khas lain daripada yang menggabungkan MINDA dalam latihan..

Semoga dipermudahkan.. Inshaa ALLAH..

--> Tips
Bagi mereka rasa apa itu The POWER of BODY n MIND CONNECTION

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

INGAT MENGINATI

Saya ingin mengingatkan 3 perkara kepada anda..

Sila baca...

Khamis, 1 Oktober 2015

SENAMAN BERKUMPULAN

Tahukah anda?!!
Senaman berkumpulan seperti senamrobik, circuit training, bootcamp dan yang seangkatan dengannya adalah satu program yang menyeronokkan!

Anda boleh dapat pelbagai faedah dengan program seperti ini antaranya adalah

1. Rakan baru
Mana yang lagi best? Training seorang-seorang ke atau dengan kawan-kawan. Latihan dalam kumpulan dengan rakan yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama dengan kita pasti satu perkara yang menyeronokkan. Disamping itu juga, kita dapat menambahkan "networking"

2. Motivasi
Mengapa sesetengah orang gagal untuk KURUS? Kerana salah satu KUNCI kejayaan untuk seseorang itu kurus adalah MOTIVASI. Kita akan sentiasa bersemangat apabila melihat  kesungguhan rakan-rakan yang lain

3. Cabaran
Semua orang sukakan cabaran. Setiap cabaran yang dilalui akan membuatkan diri anda semakin kuat, semakin bersemangat dan semakin fokus untuk mencapai matlamat anda

4. Aktiviti yang seronok
Keseronokan dalam melakukan latihan adalah sangat penting. Aktiviti bersama rakan-rakan yang mempunyai matlamat yang sama akan mewujudkan satu suasana dan aura yang positif didalam diri anda

5. Komuniti yang sihat
Perkara yang penting sekali adalah kita dapat bersama mewujudkan satu komuniti yang mempunyai satu matlamat dan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan antara satu dengan lain untuk mencapai impian yang sama.

--> Tips
Program berkumpulan yang pertama saya pernah kendalikan adalah dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia pada tahun 2008 dan terbaru My Body Fit Camp pada tahun 2015. Kedua-duanya berjaya membantu mereka yang mempunyai masalah obesiti.

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork