Isnin, 22 November 2010

MITOS LATIHAN BEBANAN 1


Mitos Latihan Bebanan
Saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai mitos yang terdapat di dalam latihan bebanan. Ramai yang anggap latihan bebanan ni hanya untuk bina badan sahaja, sebenarnya latihan bebanan ini SANGAT PENTING kepada diri kita. Bersama ini saya sertakan 5 sebab latihan bebanan ni sangat penting kepada diri....
Mitos 1
1. Saya boleh kurangkan lemak di kawasan abs, peha dsbnya dengan exercise yang spesifik
Sebenarnya tiada exercise yang dilakukan boleh menghilangkan lemak di mana-mana area yang spesifik (spot reduction). Katakanlah anda ingin mendapatkan six pack. Ramai antara kita percaya bahawa dengan melakukan sit up dapat mengurangkan lemak dibahagian perut. INI TIDAK BENAR
Untuk makluman anda, kita mempunyai 4 lapisan di dalam badan iaitu tulang, otot, lemak dan kulit.
Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, kita imbas gambar di atas. Di bahagian dalam sekali adalah tulang. Otot pula berada di atas tulang. Otot ni kebanyakkanya lebih besar daripada tulang. Di atas otot pula ada lemak dan lemak ni pula diliputi kulit (kalau nak senang tengok je peha ayam).
Ok, sekarang saya akan menerangkan secara jelas. Jika anda melakukan sit up, otot abs anda akan terbentuk dan six pack akan terjadi TAPI siapa yang berada di antara otot dan kulit? LEMAK... so, macam mana teruk pun kita berlatih, kalau lemak tak dibakar dan berkurangan, maka six pack ni tetap akan DITUTUP OLEH LEMAK.
Jadi ingatlah, tiada senaman yang spesifik untuk mengurangkan lemak dibahagian2 yang spesifik. Apa yang perlu kita lakukan adalah cardio exercise dengan menggunakan LEMAK SEBAGAI SUMBER TENAGA UTAMA semasa melakukan senaman dan mewujudkan CALORIE DEFISIT (pengambilan makan yang kurang vs senaman yang banyak)
Saya akan sambung 4 lagi mitos selepas ini.... tungguuuuuu.....

2 ulasan:

miorjqaf berkata...

hakikatnya... itulah yang ramai percaya tentang latihan2 spesifik spt sit up untuk kempiskan perut, termasuk saya..
tak sabar nak tunggu mitos seterusnya..

Healthcare Exercise Centre berkata...

Hehehe...
Untuk mendapatkan sesuatu bukan mudah... Oleh itu, kita kena faham fisiologi tubuh badan kita bekerja untuk mendapatkan result yang maksimum... Bukan berlatih ikut cakap orang sahaja... Lebih baik berlatih dengan Personal Trainer yang bertauliah...