Ahad, 21 November 2010

Aerobik vs Weight Training... Mana lagi bagus?...


Jika kita imbas kembali kepada sejarah dan revolusi manusia, kita dapati orang2 terdahulu daripada kita kebanyakkannya MATI disebabkan oleh WABAK dan PENYAKIT BERJANGKIT. Ini disebabkan oleh faktor persekitaran dan kebersihan diri yang tidak terurus dan banyak lagi. Oleh disebabkan itu, maka langkah PENCEGAHAN diambil dan kini kita berhasil mengurangkan risiko kematian yang disebabkan oleh wabak.

Tetapi kini semuanya sudah bertukar. Ramai yang mati bukan disebabkan oleh wabak, tapi disebabkan oleh PENYAKIT JANTUNG dan di Malaysia ianya menduduki ranking PERTAMA diantara senarai penyakit yang membawa maut.

Kenapa semua ini berlaku?

Bagi sesebuah negara yang maju, semuanya berubah dari sudut sosial, ekonomi, kemudahan dan bermacam lagi dan yang paling ketara adalah GAYA HIDUP. Ramai antara kita lebih gemar menggunakan remote control, menggunakan lift atau ekskelator, memakan makanan segera, menggunakan kereta dan semua ini menyebabkan kita kurang melakukan pergerakan dan kita lebih terdedah kepada kepada penyakit hipo-kinetik

Disebabkan itu, muncullah Dr KENNETH COOPER (father of aerobics) pada tahun 1968 yang memperkenalkan aktiviti aerobik dapat membantu individu mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung. Beliau berjaya merubah gaya hidup sedantari pada zaman itu kepada melakukan aktiviti fizikal dan kajian mengesahkan bahawa melalui aktiviti aerobik contohnya berjongging, dinding di ventrikel kiri akan menjadi semakin kuat dan sekaligus dapat meningkatkan stroke volume dan mengurangkan risiko seseorang untuk menghidap hipertensi dan penyakit jantung.

Pada mulanya Dr Cooper ini hanya menyarankan aktiviti berjogging akan tetapi tidak ramai yang dapat melakukanya seperti golongan2 obes dan individu yang menghadapi sakit lutut. Dari itu, orang Amerika ni memang pandai manipulate idea orang so timbullah SENAMROBIK dan semasa itu senamrobik menjadi ‘boom’ dipasaran. Dimana-mana sahaja orang mencari kelas senamrobik untuk menyertainya. Ramai orang tertarik dengan aktiviti senamrobik ini disebabkan oleh beberapa perkara iaitu pergerakan yang variasi – tidak membosankan dan diiringi muzik. Latihan aerobik ini membantu meningkatkan

a) dayatahan jantung

b) dayatahan otot

c) fleksibiliti

Setelah itu, muncul pula individu yang menyatakan bahawa latihan bebanan penting untuk badan. Orang tersebut adalah JOE WEIDER. Beliau ni adalah pengasas kepada Bina Badan. So masa ni pulak, industri bina badan ni pun ‘boom’ dan ramai ar jejaka semua start gi gim. Mereka mula membina otot berketul2 agar kelihatan sasa. Kesan daripada latihan bebanan ni juga memberikan faedah yang banyak antaranya

a) menguatkan otot

b) meningkatkan fleksibiliti

c) menguatkan postur badan

d) meningkatkan kepadatan otot dan tulang

e) meningkatkan keseimbangan badan

Daripada 2 penemuan tokoh ini, saintis telah mengkaji dan menemui bahawa kedua2 bidang ini berkait dan dapat membangunkan antara satu komponen dengan komponen yang lain bagi menigkatkan kecergasan dan kesihatan individu. Jadi anda perlu faham bahawa untuk memastikan kita ni sihat, beberapa perkara yang perlu kita titik beratkan iaitu

a) Dayatahan Cardiovascular (Jantung)

b) Dayatahan Otot

c) Kekuatan Otot

d) Fleksibiliti

e) Komposisi Tubuh Badan

f) Keseimbangan

Jadi, untuk sihat kita perlulah menjaga kesemua komponen kecergasan tersebut agar ianya berfungsi secara optimum.

So, kesimpulannya LATIHAN AEROBIK & LATIHAN BEBANAN SANGAT PENTING BAGI KITA AGAR DAPAT MENIKMATI KUALITI HIDUP YANG BAIK DAN SENTIASA SIHAT DAN CERGAS.... kita tidak boleh obses kepada aerobik atau weight training sahaja, kita perlu MELAKUKANYA KEDUA-DUANYA SEKALI

Tiada ulasan: