Sabtu, 27 November 2010

MITOS LATIHAN BEBANAN 6

MITOS 6

Latihan bebanan membuatkan tubuh badan wanita besar dan berketul-ketul

Kadang-kadang berbuih saya hendak menjelaskan perkara ini kepada client.  Dah beri penjelasan pun masih ada yang tak faham, buat-buat tak faham atau pun memang tak faham...heheheh

Mari saya terangkan, kita diciptakan Allah berbeza antara Lelaki dan Perempuan.  Fizikal sahaja dah cukup membuktikannya.  Antara perbezaaannya adalah



Bahagian punggung (pelvic)   
Wanita lebih besar daripada lelaki untuk membenarkan mereka mengandungkan bayi di dalam rahim



Berdiri                                     
Wanita berdiri sentiasa rapat kaki (mengepit) berbanding lelaki (berdiri kaki luas bahu) disebabkan tulang pelvic yang besar, tulang FEMUR (peha) akan lebih cenderung ke dalam.  Ini dipanggil Q angle



Hormon                                   
Ini adalah PERKARA UTAMA YANG HENDAK SAYA JELASKAN.  Perbezaan hormonlah yang membezakan antara lelaki dan perempuan.  Berikut adalah kandungan hormon di dalam badan

Kaum
Hormon Testerone
Hormon Estrogen
Lelaki
Tinggi
Rendah
Perempuan
Rendah
Tinggi

Untuk mendapatkan otot yang besar, kita perlukan hormon testerone untuk merangsang otot.  Jika tiada hormon ini, badan tidak dapat dirangsang menjadi besar (besar yang saya nyatakan di sini adalah besar seperti bina badan).  Kalau kita lihat jadual di atas, hormon tersebut terdapat lebih kepada kaum lelaki.  Mesti anda tertanya-tanya BAGAIMANA PULA ATLIT BINA BADAN WANITA MENDAPAT BADAN YANG BESAR?  

 Untuk makluman anda, sukan bina badan ini tidak tersenarai diOlimpik kerana mereka membenarkan atlit mereka mengambil bahan daripada luar (cth steroid, testerone dsb) untuk merangsang badan mereka seperti itu.  Jadi, atlit bina badan wanita mengambil salah satu supplement iaitu testerone.  Ianya diambil DARIPADA TESTIS HAIWAN JANTAN DAN DISUNTIK ke badan mereka.  Jadi daripada situlah mereka dapat merangsang otot untuk berlaku HYPERTROPHY (pembesaran otot) dengan bantuan suntikan testerone tersebut.  Tapi semuanya ada kesan sampingan.  Badan mereka akan berubah membesar, akan menjadi seorang yang panas baran, suara bertukar garau, badan berbau hanyir dan banyak lagi.

Jadi, wahai kaum hawa, anda tidak perlu takut untuk melakukan latihan bebenan kerana hormon di dalam badan anda tidak sama seperti lelaki.  Anda akan dapat banyak kelebihan daripada melakukan latihan bebanan.  Saya telah buktikan dengan client saya yang mengikuti program, semakin berat mereka mengangkat beban, semakin kecil badan mereka. 

Saya akan post gambar-gambar client saya pada artikel yang akan datang.  InsyaALLAH

2 ulasan:

Unknown berkata...

Info berguna nih,
teruskan bagi info macam ni.kalau boleh sertakan bersama laporan dari mana-mana badan yang diiktiraf oleh HWO.baru mudah org percaya.

my bodywork berkata...

tq ijoks...