Jumaat, 3 Disember 2010

SAHABAT KU....

DIET DAN CARDIO


Salam kepada semua.  Lama saya nak ceritakan tentang perkara ini, Cuma tunggu green light daripada rakan je. Sebenarnya nak sedarkan kepada seseorang individu tentang kepentingan bersenam adalah kerja yang sangat sukar.  Macam solat, kita boleh suruh anak-anak kita solat.  Jika ianya dipaksa, adakah mereka akan melakukan solat semasa ketiadaan kita????  Jika mereka diberi pendedahan dan peringatan agar sentiasa bersyukur dengan nikmat dari ALLAH dan sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, kita tak suruh pun dia akan lakukan solat itu sendiri.  Betul tak?....

So nak jadikan cerita, ada seorang member ni, dia complain sakit pinggang. (sebenarnya rakan-rakan yang lain tak tahu tentang kemahiran saya.)  So saya offer dia, “Jom, malam ni datang ke rumah buat massage.”  Dia tanya balik “Sakit ke tak?“, cepat je saya balas “Sedap!!” heheheh

Malam tu pun dia datang, saya tanya dulu sakit camner.  Dia pun cakap ar, dia tak boleh ruku’ time solat dan selalu sakit pinggang.  So saya pun buatlah sports massage kat dia.  Setelah 90minit, dia pun pakai balik baju dan terkejut “Wah!! Ringan badan...” sambil ketawa suka.  Saya suruh try ruku’, dia pun ruku’ dan terkejut “Eh, dah kurang sakit lah”... Happy rasanya dapat bantu kawan yang kesakitan.

Time malam tu lah saya dapat berbual mesra (pada hal kerja setempat, jarang berbual).  Hampir sejam lebih gak berbual.  So banyak benda yang saya terangkan kepada dia dan dengan izin ALLAH, kata-kata saya tu dapat merubah dia.  Alhamdulillah!!!!  Semenjak daripada itu, kawan saya ni dah mula mengawal makan dan mula menjaga kesihatan kerana risau dengan keadaan fizikalnya yang semakin ’jauh ke depan’ (perut buncit) hehehe.

Tak lama, 2 minggu dia kawal makan dia, sesuatu perubahan yang besar berlaku.  Seluar dah longgar dan dah start kena cerut.  Suke betul dia.  Saya bagitau, kalau dah kurus tapi tak cergas pun x boleh.  Dia pun start jogging pulak dan sekarang genaplah sebulan.  Ini baru just aplikasi diet dan cardio.  Belum masuk strength training.  Baru train dia satu sesi, dia pun balik kampung.  Heheheh.  Takpe, sambung nanti di lain masa.........  Saya akan update dari semasa ke semasa perkembangan beliau...

Ini adalah gambar dia bulan 10 dan yang terbaru bulan 11 tahun 2010 (yang berbaju biru sebelah kiri dan merah di sebalah kanan)

2 ulasan:

miorjqaf berkata...

Terima kasih My Bodywork!..
Ya.. itulah cerita saya..

Sekarang baru terasa.. bukan susah nak turunkan berat badan.. Just control nafsu makan dalam tempoh 2 minggu, dah boleh nampak hasil. Syukur pada Allah yang temukan saya dan dia dan seterusnya memberi tunjuk ajar dan kesedaran kepada saya tentang pentingnya menjaga kesihatan diri.

Kalau sayang diri.. sayang keluarga.. jagalah kesihatan diri! Kan!?

My Bodywork berkata...

Btol tu ust... Harap ramai yang mengambil iktibar daripada apa yang berlaku daripada ustaz ni...