Selasa, 27 Julai 2010

PERKHIDMATAN SPORTS MASSAGE


PERKHIDMATAN SPORTS MASSAGE

Apa Itu Sports Massage?
Sports Massage (Urutan Sukan) adalah satu teknik urut khusus yang biasanya digunakan sebelum, semasa dan selepas bersukan. Antara tujuannya adalah untuk mempersiapkan atlit untuk mencapai prestasi yang optimum, mengurangkan kelesuan, mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan fleksibiliti dan mencegah daripada berlakunya kecederaan. Sports Massage juga sesuai untuk mengurangkan tekanan 'superficial muscle' dan 'deep muscle' serta rangkaian perisian sekitarnya seperti tendon dan ligamen.

Tujuan utama Sports Massage adalah untuk membantu meringankan stress dan ketegangan yang terkumpul di dalam rangkaian perisian tubuh selama melakukan aktiviti fizikal dan juga dapat membantu menurunkan kadar kelesuan dengan cepat akibat daripada rutin harian yang berat. Ia juga membantu mengurangkan risiko kecederaan kepada atlit ataupun orang biasa


Adakah Sports Massage hanya untuk atlit sahaja?
Ramai orang mempunyai persepsi yang salah terhadap Sports Massage ini, Mereka berpendapat bahawa Sports Massage hanya diperlukan oleh atlit dan orang yang mengalami kecederaan sahaja. ITU TIDAK BENAR. Sports Massage ini sangat diperlukan oleh semua individu untuk menjaga tubuh badan anda agar sentiasa berada ditahap yang optimum dan juga meningkatkan fleksibiliti. Semua ini akan memanjangkan kerjaya dan karier sukan anda

Perkhidmatan Sportis Massage
Kami sedang melakukan promosi untuk perkhidmatan Sports Massage ini. Kepada 50 orang pelanggan terawal akan mendapat harga promosi. Ayuh!! Cepat dan jangan lepaskan peluang ini dan alami satu pengalaman urutan yang berbeza daripada urutan-urutan yang lain. MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

Tiada ulasan: