1) Physical Fitness Assessment
Perkhidmatan ini adalah untuk memantau ukur lilit badan, peratusan lemak, tahap kecergasan sebelum dan selepas latihan dijalankan. Selalunya ianya akan diambil sebelum latihan dijalankan dan hasil data semua akan direkodkan dan disimpan. Kemudian klien akan menjalani latihan dalam tempoh 4 minggu untuk mendapatkan adaptasi terhadap latihan yang baik dan kami akan menilai semula untuk melihat perubahan dan perkembangan yang berlaku dari segi fizikal dan fitness.
2) Exercise Prescription
2) Exercise Prescription
Program ini penting kerana tanpa preskripsi senaman yang betul, matlamat dan objektif kita akan tersasar dan tidak tercapai. Program ini berkait rapat dengan program yang diatas. Setelah data assessment direkodkan, kami akan membuat analisa kepada komponen kecergasan yang perlu dibangunkan secara spesifik. Oleh itu, preskripsi senaman ini sangat penting untuk mencapai objektif anda.
3. Personal Training
3. Personal Training
Kami menjalankan perkhidmatan Jurulatih Peribadi yang berfungsi untuk membimbing anda untuk melakukan senaman dengan teknik yang betul, memantau tahap kecergasan anda, menetapkan program yang sesuai dengan keperluan badan anda dan memberi motivasi kepada anda untuk meneruskan latihan. Ia juga bertujuan untuk memantau dan mengubah tahap intensiti latihan anda kepada sesuatu tahap yang mencabar untuk mendapatkan kesan latihan. Berikut adalah antara perkhidmatan yang disediakan oleh Jurulatih Peribadi
* Panduan mencapai matlamat anda
* Pendidikan dan pengetahuan tentang latihan kekuatan, kardio dan pemakanan
* Kepentingan menjalankan latihan di gim setiap minggu
* Akauntabiliti
* Cara-cara untuk membantu mencapai objektif dan sasaran anda
Setiap sesi akan berlangsung sekitar 60-90 minit. Pertemuan pertama adalah bertujuan untuk mendapatkan data terdiri daripada kecergasan, ukur lilit badan dan lemak di dalam badan. Kemudian, Jurulatih Peribadi anda akan memberikan preskripsi senaman yang sesuai dengan objektif dan matlamat anda
4) Program FITKIDS
4) Program FITKIDS
FITKID adalah program yang dirangka khas untuk kanak-kanak untuk membenteras obesiti (kegemukan) dan juga sekaligus bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Kini, masalah obesiti sememangnya ditahap yang membimbangkan di Malaysia dan semuanya bermula dari golongan kanak-kanak. Sedarkan anda, berapa ramai kanak-kanak yang aktif seperti orang zaman dahulu? Jenis makanan yang bagaimakah yang kerap diambil oleh kanak-kanak sekarang? Kini, kanak-kanak yang berusia seawal 12 tahun telah menghidapi diabetes, sakit belakang dan sebagainya yang kebanyakkannya disebabkan oleh Obesiti . Oleh itu, program ini lebih bertujuan untuk mencegah obesiti dari peringkat awal supaya kanak-kanak ini tidak menderita apabila mereka dewasa kelak.
5) Self Defense for Women
5) Self Defense for Women
Ilmu Beladiri amat penting dizaman globalisasi ini. Program ini diwujudkan supaya golongan wanita tidak teraniaya dan menjadi mangsa keadaan seperti ragut, cabul dan sebagainya. Ianya sesuai dengan wanita yang tidak mempunyai latar belakang beladiri kerana mereka akan belajar secara asas bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada bahaya. Kami mengintegarsikan latihan fizikal untuk meningkatkan tahap kecergasan, teori titik-titik kelemahan di dalam anatomi manusia, teknik-teknik yang ringkas dan mudah diaplikasi didalam situasi sebenar
dan banyak lagi
6) Fitness Camp
Program yang akan meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan bersenam di dalam kehidupan seharian kita. Anda akan mengalami satu proses pembelajaran secara teori dan praktikal dalam suasana yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Health Screening (Blood Pressure & Diabetes Test), Assessment, Aerobic, Resistance Training In Group, Traditional game & beberapa slot ceramah yang berkait dengan aktiviti fizikal di atas yang akan membimbing dan mendedahkan kepada anda kesan daripada melakukan senaman ke atas badan
7)Outdoor & Recreation Activities
Kami akan menganjurkan program-program luar seperti Fitness Camp, mendaki gunung, hari keluarga dan sebagainya. Bagi aktiviti yang lasak seperti mendaki gunung, kami akan membuat pakej latihan selama 3-6 bulan sebelum anda pergi mendaki. Ini bertujuan untuk menyediakan fizikal anda mental anda berada ditahap yang optimum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan