Sabtu, 25 Disember 2010

In-House Personal Training & Fitness Outdoor Bootcamp (FITOUT CAMP)

Kadang2 bile kita nak ajak orang bersenam, banyak alasan yang diberi.  Ada yang cakap takde masa lah, gim jauh ar, xde geng lah dan banyak lagi alasan yang nak melepaskan diri...

Tapi sekarang, saya memberikan satu servis yang baru iaitu In-House Personal Training dan Fitness Outdoor Bootcamp (FITOUT CAMP)...


 

In-House Personal Training
Program ini dijalankan sama ada di rumah/di dewan/di gim atau dimana-mana sahaja mengikut kesesuaian anda.  Anda perlu tetapkan masa dan tempat agar latihan dapat dijalankan.  Antara protokol program ini merangkumi
   a) Physical Fitness Assessment
   b) Computerized Exercise Log
   c) Nutrition Consultation
   d) Picture (Before & After)





Fitness Outdoor Bootcamp (Fitout Camp)
Program ini dijalankan di dalam bentuk kumpulan.  Ianya mirip seperti latihan ala tentera dan sesuai dengan semua golongan yang sukakan cabaran.  Latihan direka dalam pelbagai variasi untuk mewujudkan keseronokan di dalam setiap aktiviti dan semua aktiviti akan menguji semua komponen kecergasan spt Dayatahan Kardiovaskular dan Otot, Kekuatan Otot, Fleksibiliti, Keseimbangan dan banyak lagi.  Semua aktiviti yang dilakukan direka untuk membantu peserta lebih cergas untuk melakukan aktiviti harian dan peralatan yang digunakan juga lain daripada yang lain.

Kami juga mempunyai protokol kami untuk menjalankan aktiviti tersebut
    a) Physical Fitness Assessment - Untuk mengkategorikan individu tersebut mengikut tahap intensiti yang bersesuaian 
    b) Latihan akan dibimbing oleh Jurulatih
    c) Aktiviti yang pelbagai yang menyeronokkan

Perbezaan Sports Massage dan Urut2 yang lain

Sports Massage?... Aahhh... Ni untuk orang sukan je, orang biasa cam aku ni x sesuai...

Oppss!! Sape cakap?... Dulu Sports Massage ni dicipta memanglah untuk atlit sahaja kerana di dalam Sports Massage (selepas ini ditaip dengan SM) terdapat beberapa teknik yang dapat membantu atlit tersebut untuk mengurangkan ketegangan otot dan untuk mengelakkan kecederaan.  Sebenarnya SM ini dirangka untuk MENGELAKKAN ATLIT DARIPADA MENGALAMI KECEDERAAN DAN JUGA MEMBANTU ATLIT MENINGKATKAN PRESTASI...

Kini, zaman berubah dan cabaran kerja juga semakin tinggi.  Ramai individu mendapat stress daripada tempat kerja yang sentiasa memerlukan komitmen yang tinggi.  Oleh itu, stress yang berkumpul ini boleh menyebabkan seseorang individu tersebut mendapat penyakit dan juga kecederaan.  Jadi kini SM juga sesuai dengan semua golongan tidak kira muda atau pun tua untuk mengurangkan risiko kecederaan dan juga meningkatkan prestasi untuk melakukan kerja.


Jadi, ingatlah, baca entri saya mengenai Pain Cycle yang lepas.  Jika badan kita stress atau sakit, cepat2lah cari jalan pencegahan.  Jangan biarkan kitaran Pain Cycle itu terus berlaku, jika dibiarkan ianya akan menjadi kronik dan proses pemulihan akan mengambil masa yang panjang dan sukar.  Lakukanlah Massage sekurang-kurangnya sebulan sekali sebagai maintenance untuk badan anda.


MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT...

Bulan Disember yang busy...

Dah lama x mengadap blog ni.. sorry, terlampau bz dengan aktiviti semasa.. Banyak program skrg ni..
Saya akan update dan laporkan program2 yang kami jalankan sepanjang bulan Disember ini...

Antara program yang kami jalankan adalah
   a) Kursus Asas Pengenalan Sports Massage di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru
   b) Ceramah Bulan Sports Science di Petrosains Johor Bahru (di dalam Perpustakaan JB - depan TNB)
   c) FITNESS CAMP FOR KIDS di Tiram Indah Village
   d) Ceramah Kesihatan di SK Convent

Tunggukan laporan-laporan yang akan di'publish' tak lama lagi... hehehe

Jumaat, 3 Disember 2010

SAHABAT KU....

DIET DAN CARDIO


Salam kepada semua.  Lama saya nak ceritakan tentang perkara ini, Cuma tunggu green light daripada rakan je. Sebenarnya nak sedarkan kepada seseorang individu tentang kepentingan bersenam adalah kerja yang sangat sukar.  Macam solat, kita boleh suruh anak-anak kita solat.  Jika ianya dipaksa, adakah mereka akan melakukan solat semasa ketiadaan kita????  Jika mereka diberi pendedahan dan peringatan agar sentiasa bersyukur dengan nikmat dari ALLAH dan sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, kita tak suruh pun dia akan lakukan solat itu sendiri.  Betul tak?....

So nak jadikan cerita, ada seorang member ni, dia complain sakit pinggang. (sebenarnya rakan-rakan yang lain tak tahu tentang kemahiran saya.)  So saya offer dia, “Jom, malam ni datang ke rumah buat massage.”  Dia tanya balik “Sakit ke tak?“, cepat je saya balas “Sedap!!” heheheh

Malam tu pun dia datang, saya tanya dulu sakit camner.  Dia pun cakap ar, dia tak boleh ruku’ time solat dan selalu sakit pinggang.  So saya pun buatlah sports massage kat dia.  Setelah 90minit, dia pun pakai balik baju dan terkejut “Wah!! Ringan badan...” sambil ketawa suka.  Saya suruh try ruku’, dia pun ruku’ dan terkejut “Eh, dah kurang sakit lah”... Happy rasanya dapat bantu kawan yang kesakitan.

Time malam tu lah saya dapat berbual mesra (pada hal kerja setempat, jarang berbual).  Hampir sejam lebih gak berbual.  So banyak benda yang saya terangkan kepada dia dan dengan izin ALLAH, kata-kata saya tu dapat merubah dia.  Alhamdulillah!!!!  Semenjak daripada itu, kawan saya ni dah mula mengawal makan dan mula menjaga kesihatan kerana risau dengan keadaan fizikalnya yang semakin ’jauh ke depan’ (perut buncit) hehehe.

Tak lama, 2 minggu dia kawal makan dia, sesuatu perubahan yang besar berlaku.  Seluar dah longgar dan dah start kena cerut.  Suke betul dia.  Saya bagitau, kalau dah kurus tapi tak cergas pun x boleh.  Dia pun start jogging pulak dan sekarang genaplah sebulan.  Ini baru just aplikasi diet dan cardio.  Belum masuk strength training.  Baru train dia satu sesi, dia pun balik kampung.  Heheheh.  Takpe, sambung nanti di lain masa.........  Saya akan update dari semasa ke semasa perkembangan beliau...

Ini adalah gambar dia bulan 10 dan yang terbaru bulan 11 tahun 2010 (yang berbaju biru sebelah kiri dan merah di sebalah kanan)

Rabu, 1 Disember 2010

Kepentingan Massage

Kenapa perlu massage?...

Soalan ni lazim ditanya.  Kalau saya terima soalan ni, saya akan tanya kembali, Kereta awak perlu servis tak?..

Kadang-kadang ada yang tak nak massage kerana kosnya mahal.  Tapi pernah tak kita merungut untuk servis kereta? Kenapa kita menjaga kereta lebih daripada badan kita sendiri?... Pernahkah anda fikirkannya?  Mementingkan objek yang tidak hidup berbanding dengan diri anda sendiri?...

So, untuk pemahaman semua, badan kita diciptakan untuk bergerak.  Oleh itu setiap pergerakan yang dilakukan akan mengakibatkan otot kita stress dan jika ianya tidak dikekang pada peringkat awal, stress yang terlampau akan menyebabkan kita mendapat penyakit atau kecederaan.  Mari kita lihat rajah kitaran sakit (pain cycle) di bawah….
Apabila seseorang itu stress atau sakit, ototnya akan menjadi tegang.  Ketegangan ini akan mengakibatkan otot tersebut menjadi tension dan sekaligus akan mengurangkan perjalanan darah ke seluruh badan.  Kita perlu tahu bahawa darah membawa oksigen ke seluruh badan dan jika oksigen tidak dapat sampai, maka otot tersebut tidak akan relaks.  Maka, sakit tersebut akan bertambah, bertambah dan bertambah sehingga menjadi kronik.

Kita boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan langkah pencegahan.  Buatlah massage sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk me’release’kan muscle tension, mengeluarkan toksik-toksik yang berkumpul, meningkatkan prestasi dan kualiti hidup seseorang individu

Oleh itu, janganlah anda abaikan kesihatan anda.  Buatlah sesuatu untuk mereleasekan otot anda dan berilah badan anda belaian dan manjaan untuk memastikan ianya dapat berfungsi dan bekerja untuk jangaka masa yang panjang.  MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT....

Jika kereta anda perlu servis, badan anda juga begitu (massage).  Jika kereta anda perlu maintenance,badan anda juga begitu (bersenam).  Jika kereta anda diperlu repair, anda juga begitu (operation)