Isnin, 2 Mei 2011

BMI oh BMI

Skrg ni KKM mencadangkan agar murid-murid di sekolah dipantau BMI mereka.  Pada pandangan peribadi saya, kalau perkara 'pantau-memantau' ni, rasanya diakhirnya guru terbeban dengan tugas tambahan dan murid-murid akan terus obes.

Seperti di negara jiran (Singapura) dan beberapa negara maju yang lain, mana-mana murid yang didapati obes DIWAJIBKAN MENGIKUTI KELAS LATIHAN FIZIKAL.  Di dalam kelas tersebut, murid-murid akan ditahan sebelum balik daripada sekolah agar menjalani latihan dan mengikuti kelas diet.  Mereka akan mengikuti kelas tersebut sehingga mereka mendapat menurunkan % lemak dalam badan sehingga ideal.

Jadi pada saya, sekiranya pemantauan dan penyekatan makanan di kantin sahaja dilakukan, lebih baik KERAJAAN MALAYSIA salurkan duit peruntukan tu kat tempat lain.  Buat apa membazir duit dengan program2 yang tiada kesudahan.

Lagi satu, untuk makluman anda semua, BMI bukanlah satu-satunya kayu pengukur untuk menentukan seseorang itu obes atau tidak.  Banyak lagi jenis ujian iaitu WAIST TO HIP RATIO (WHR), Pinching Test dan sebagainya.

Khamis, 20 Januari 2011

EXERCISE AS MEDICINE - iSIHAT

SENAMAN - Pil Ajaib untuk KESIHATAN

Siapa kata pil dan ubat satu-satunya penawar terbaik bagi masalah kesihatan. Tahukah anda, terdapat banyak kajian saintifik yang menunjukkan senaman adalah penawar yang paling mujarab. Keputusan soal selidik ke atas 46,000 responden menunjukkan senaman mempunyai tahap keberkesanan yang sama seperti mana pil yang dipreskripsi doktor.

Sebutkan apa saja, serangan jantung, kanser, strok, hipertensi, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), diabetes dan osteoprorosis. Kesemuanya boleh dicegah melalui senaman.

Kebaikan senaman bukan terhenti setakat itu, sebaliknya terdapat banyak lagi. Ia merangsang pengaliran darah dan pertumbuhan tisu serta tulang, mengurangkan sakit sendi dan otot, merendahkan risiko untuk jatuh dan keretakan tulang dan yang paling penting ialah merangsang sistem enzim dan hormon yang secara tidak langsung mengurangkan risiko faktor serangan penyakit.

Percayalah dan ketahuilah, tubuh manusia dicipta bukan untuk duduk diam dan tidak bergerak. Pergerakan dan aktiviti merupakan keperluan asas bagi membolehkan kita membesar, berkembang dan mengekalkan tahap  kesihatan. Hari ini, kita mengenali 'senaman' adalah sebagai aktiviti fizikal bagi menyihatkan tubuh. Hakikatnya, bagi nenek moyang kita dahulu, ia merupakan sebahagian daripada survival dalam kehidupan.

Sistem kardiovaskular, kelenjar endokrin, otot dan tulang berfungsi pada tahap terbaik apabila tubuh kita dicabar sewaktu digunakan sepenuhnya. Bagaimana gaya hidup moden merubah segalanya. Kini 600 otot pada tubuh kita langsung tidak dicabar. Manusia milenium baru sudah kurang bergerak. Kesannya adalah tidak menghairankan apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih dua juta manusia di seluruh dunia meninggal dunia kerana kurang melakukan aktiviti fizikal.

Jadi berapa banyak senaman yang sepatutnya dilakukan? Berapa kerap? Dan bentuk senaman manakah yang terbaik? Jawapannya bergantung kepada sama ada tujuan anda bersenam itu untuk kecergasan atau kesihatan. Kecergasan ditafsirkan sebagai kapasiti akviti fizikal atau berapa banyak kerja yang boleh dilakukan oleh tubuh. Manakala kesihatan membawa konsep yang lebih luas termasuklah bebas penyakit, mental dan spiritual.