MENGAPA ANDA PERLU BERSENAM
Adakah anda pernah mendengar ungkapan "gunakan atau hilang / use it or lose it?". Memang benar ungkapan itu, jika anda tidak menggunakan otot anda untuk melakukan senaman, anda pasti akan kehilangan beberapa sistem di dalam badan anda antaranya otot-otot anda akan menjadi lemah, jantung dan paru-paru tidak berfungsi secara cekap dan sendi anda akan menjadi kurang fleksibel dan mudah mendapat penyakit
Bersenam dapat membantu mencegah penyakit
Tubuh manusia direka untuk bergerak, oleh itu tubuh kita memang perlu berlatih untuk memenuhi keperluan tersebut. Senaman yang teratur dan terancang yang memenuhi DOSE RESPONSE PROFILE akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit lain. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri anda dan melambatkan proses penuaan.
Menguat dan membentuk (tone) otot
Latihan bebanan dan rintangan dapat menambah kekuatan otot, ligamen dan tulang serta meningkatkan dayatahan otot. Melalui latihan ini, postur kita akan berubah kepada keadaan yang sepatutnya dan sekaligus perjalanan saraf akan lebih efisen dan kita bukan hanya merasa lebih baik malah akan kelihatan lebih cergas juga
Meningkatkan fleksibiliti
Regangan juga penting bagi membentuk postur yang baik untuk memastikan otot boleh meregang dan melentur agar anda dapat membongkok, melipat dan memusing. Regangan perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko kecederaan terutama terhad di dalam pergerakan (limited range of motion). Teknik regangan juga dapat digunakan sebagai terapi bagi mengendurkan otot-otot spesifik yang tegang untuk mendapatkan keselesaan yang optimum
Mengawal berat badan
Bersenam adalah kunci untuk menurunkan berat badan. Dengan latihan yang terancang, intensiti yang betul, jenis latihan yang sesuai dengan badan ianya dapat membantu untuk menurunkan berat badan.
Meningkatkan kualiti hidup
Jika anda menjalankan aktiviti bersenam secara berterusan, anda akan mengalami proses perubahan di dalam kehidupan anda seperti dapat mengurangkan stress, mengurangkan risiko penyakit seperti (sakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi), mendapat kualiti tidur yang baik, awet muda dan banyak lagi.