Sabtu, 24 Januari 2015

Makan Sikit TAPI Masih Gemuk..


"Saya makan sikit je..."
"Saya tak makan nasi, makan kuih dengan kerepek je"

Pepatah orang-orang lama, "Hidup Untuk Makan BUKAN Makan Untuk Hidup". Kita semua telah dididik daripada kecil untuk hidup untuk makan. Tak percaya? Cer tengok masa berbuka puasa. Semua makanan yang dibeli WAJIB dihabiskan.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Tips : Bila nak makan, cuba "recall" dulu apa yang dah dimakan dalam sehari bermula daripada pagi. Kalau dah ambil makanan yang nilai kalorinya tinggi, jagalah kalori anda selepas itu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
*sekiranya artikel ini membantu, sila share kepada rakan-rakan anda untuk pengetahuan mereka

~BAHAGIA JEMALI~

#YourBeautyPhysicalExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

NAK PUNGGUNG SEKSI?...


Kita belajarlah sikit bahasa Anatomi. Lepas ni kalau anda jumpa doktor, anda boleh bercakap begini "Doktor, deltoid (bahu) saya ni sakit, susah nak angkat". Tapi jangan salah cakap dah lah, nak cerita pasal bahu tapi cakap "gluteal" (Punggung) hahaha

Hari ni, saya nak share mengenai otot Glutes (Punggung). Memandangkan ramai yang like mengenai video yang saya post hari tu "Nak Punggung Mantap"?... Saya percaya anda semua sukakannya.

Secara logiknya, otot bila dilatih akan membesar sedikit saiznya. Bagi wanita, dia tidak membesar sepertimana lelaki. Dah tu, tunggu apa lagi?..Buatlah SQUAT untuk dapatkan "glutes" idaman anda. Ke nak sapu dan gosok-gosok supaya dia besar. Saya takut bila gosok nanti keluar JIN.. hehehe

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Tip : bile buat squat, pastikan lutut tidak lebih daripada hujung kaki untuk mengelakkan kecederaan lutut. Saya cuba cari video yang terbaik untuk anda. Tungguuuu...

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
*sekiranya artikel ini membantu, sila share kepada rakan-rakan sebagai pengetahuan mereka. Sharing is caring

~BAHAGIA JEMALI~

#YourPhysicalBeautyExpert
#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Jumaat, 23 Januari 2015

AIR ISOTONIK MENGGEMUKKAN?

Minum Air Isotonik Boleh Menggemukkan?

Adakah anda tahu setiap air ada nilai kalori.. Jadi anda kena bijak memilih air. Salah satunya adalah air isotonik.. Saya perhatikan ramai klien perempuan suka minum air isotonik semasa bersenam. Walaupun ia mempunyai nilai gula yang rendah berbanding air berkarbonat, tapi ade juga nilai kalorinya. Bila ditanya kenapa minum air isotonik, mereka menjawab "Saya tengok Datuk Lee Chong Wei minum untuk dapatkan tenaga.." Weiii!!!.. Korang ingat Datuk LCW tu nak kurus ke?

Air isotonik ni dibuat untuk menghasilkan tenaga. Cuba tengok kandungan gula.. Sedikit tinggikan.. Jadi sekiranya anda target untuk kurus, air ini kurang sesuai dengan anda kerana kandungan gula tinggi. Katakan anda dah buat cardio bakar sebanyak 250kcal, masuk air isotonik 250kcal..hmm..baik duduk rumah tengok tv..hehe

Jadi lebih baik minum air kosong semasa menjalani latihan sebab fokus ada adalah KURUS, bukan nk jadi ATLIT.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Tip : Banyakkan minum air masak dapat mengurangkan jumlah pengambilan kalori anda

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Tengok iklan itu boleh tapi jangan terpengaruh dengannya"

~BAHAGIA JEMALI~

Khamis, 22 Januari 2015

Tips Diet Paling Mudah!!!


Siapa cakap DIET tak boleh makan goreng-goreng atau tak boleh minum manis-manis. Sebenarnya DIET adalah merancang pemakanan seharian anda, bukan sekat makanan sahaja, itu tak boleh ini tak boleh..

Kalau nak kira, goreng pisang kolestrolnya tinggi akan tetapi kalau diambil dalam jumlah yang sedikit, ok lg..biasalah, makanan Oh Malaysiaku ni mana boleh lari daripada kolestrolkan...Macam saya, kalau rasa nak makan goreng pisang, saya beli sehenggit (dapatlah dalam 4 @ 5 keping). Bukan boleh jimat kalori jek tapi jimat duit. Heheheh..

So, rancang dan atur pemakanan anda agar risiko mendapat penyakit dan obesiti dapat dikawal. Inshaa ALLAH..

Tips : Mulakan dengan mengurangkan "portion" makanan anda dan minum banyak air suam.

~BAHAGIA JEMALI~

Rabu, 21 Januari 2015

Kisah Karipap 5keping = 2 ringgit


B : karipap ni kira macam mana
P : 5 keping rm2 dik
B : kalau sehengget?
P : 2 keping je
B : ok, kalau macam tu sy amek 1 je lah
P : grrrrr

Selalukan situasi ni berlakukan. Kita beli apa yang tidak sepatutnya. Nak beli seringgit tapi penjual jual dua ringgit. Kat sini berlakunya apa yang dipanggil PSYCHOLOGICAL HUNGER (Saka Makan).hehehhe

Macam ni, merujuk rakan saya sususejat.com, nilai 1 karipap adalah antara 100-150kcal dan kalau kita beli rm1 dapatlah 3keping (peniaga ni baik sikit). Saya percaya anda akan habiskan karipap anda kesemuanya dan ianya menjadi lebih sedap kalau dimakan bersama teh tarik. Jumlah kalori teh tarik pula adalah sekitar dalam 100-120kcal.

Rumusan
3keping karipap X 150kcal = 450kcal
1 cawan teh tarik = 100kcal
Jumlah kalori = 550kcal

Tahukah anda kalau makan nasi, ayam dan sayur bersama air kosong pun nilai kalorinya lebih kurang sama? Jadi mana yang lagi kenyang?

Jadi rumusannya, makan IKUT KEPERLUAN bukan makan MACAM HANTU..Hehehehe

~BAHAGIA JEMALI~

Penjenamaan BAHAGIA JEMALI - Photo shoot

Semalam sesi photo shoot bersama Mesrafotografi. Memang mesra orangnya. Ini pengalaman kedua bersama beliau. Rupa-rupanya senyum ni ada banyak jenis. Semalam banyak senyum korperat sebab untuk buat commercial web.

Apa-apa pun tunggu je lah web tu dah siap. Inshaa ALLAH, bulan 3 dah boleh settle semua. Inshaa ALLAH...

~BAHAGIA JEMALI~

Penjenamaan BAHAGIA JEMALI

Selepas ini, saya ingin dikenali dengan nama "BAHAGIA JEMALI". Itu adalah nama saya dan saya dalam proses menjenamakan nama saya.

Saya telah meminta pendapat beberapa pakar dan kenalan mengenai perkara ini dan Alhamdulillah mereka semua memberikan sokongan penuh. Kemahiran saya yang meliputi sudut fisiologi, psikologi dan struktur tubuh badan manusia lebih meyakinkan diri saya lagi untuk melangkah satu tapak kehadapan.

Proses pertama saya adalah pembinaan web yang sedang dijalankan dan pada malam ini inshaa ALLAH sesi photo shoot untuk penjenamaan BAHAGIA JEMALI akan dilakukan. Semoga selepas ini segala urusan dipermudahkan olehNya..

Aaminnn

~BAHAGIA JEMALI~

Selasa, 20 Januari 2015

Kepentingan Merangka Senaman

Dari pemerhatian saya, ramai yang tidak tahu melakukan senaman dengan betul. Pada mereka, peluh dah basah lencun bermakna lemak dibakar dengan banyak. Itu takpe lagi, ini ade orang yang mengajar, sebenarnya dia pun tak tahu apa yang dia buat.

Merangka senaman adalah SENI. Bukan semua senaman sesuai dengan semua orang. Jangan fikir apa yang kita boleh buat, orang lain pun boleh buat kerana manusia berbeza dari segi fizikal, fisiologi, psikologi dan penyakit. Lagi pun kita bukan nak melahirkan atlit kan.. Itulah sebabnya saya katakan senaman itu SENI. Kita perlu melihat kondisi seseorang sebelum melakukan senaman.

Seorang klien saya yang aktif dengan aktiviti senam robik mengadu bila buat senam robik yang berintensiti tinggi. Lututnya berasa sakit dan selepas aktiviti dia berasa badannya sangat letih. Setelah mengikuti program yang saya rangka khas untuknya, Alhamdulillah dengan izin ALLAH selepas minggu yang ke-4, sakit lutut dah semakin kurang dan beliau semakin bertenaga.

Itulah pentingnya merangka periodisasi latihan yang berstruktur mengikut keperluan individu untuk mencapai prestasi yang optimum. Bukan "HANTAMLAH LABUUU"

"Senaman itu SENI"

~BAHAGIA JEMALI~

Isnin, 19 Januari 2015

Kes Klien - Emotional Pain (Migraine)

Alhamdulillah, baru selesai menjalankan rawatan terhadap seseorang VVIP yang menghidapi sakit kepala & migraine yang teruk.

Apa tak sakit kepalanya, orangnya sangat sibuk dengan mengendalikan syarikat besar dan sekarang ini banyak tekanan kerja yang dia sedang alami. Inilah dinamakan EMOTIONAL PAIN kerana bila diselidik, bukan beliau stress dengan kerja tapi hal peribadi (tidak dapat dikongsikan disini)

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, saya membantu beliau melepaskan tekanan yang dibukukan selama ini dan sakitnya mula berkurang sebanyak 70% dan selebihnya saya jalankan rawatan manipulasi otot yang dapat membantu meregangkan otot dibahagian "neck" dan "shoulder".

Apa yang buatkan saya suka dengan kerjaya saya ini adalah apabila saya dapat bantu orang yang datang dgn DERITA dan pulang dengan CERIA. Alhamdulillah, ALLAH gerakkan arwah bapa saya untuk meletakkan nama saya BAHAGIA, rupa-rupanya ALLAH kurniakan satu kemahiran Luar Biasa agar dapat memberikan keBAHAGIAan kepada orang lain. Alhamdulillah dan Syukur kepadaMu Ya Allah.

~BAHAGIA JEMALI~

#bodynmindconnection
#stressnangermanagement
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

KEPENTINGAN EMOSI

EMOSI sangat penting dalam kehidupan kita. Didalam EMOSI terdapat EMOSI POSITIF dan ada EMOSI NEGATIF.

Sekiranya terlalu banyak EMOSI NEGATIF di dalam badan kita, ia akan bertindak menghasilkan sesuatu perkara yang negatif dari segi tindak-tanduk, menjadikan diri lebih lemah dan akhirnya mengundang kepada penyakit.

Pada saya, apa sahaja yang kita lakukan, kita serahkan dan berharap pada redha ALLAH, bukan pada redha manusia. Sekiranya kita jaga hubungan kita bersama ALLAH, inshaa ALLAH hubungan kita bersama manusia juga turut terjaga. Inshaa ALLAH

~BAHAGIA JEMALI~

#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork

Ahad, 18 Januari 2015

Sambungan Jam Heart Rate Monitor

Sambungan Jam Heart Rate Monitor

Ok, seperti yg dijanjikan, ini adalah fungsi2 jam yg ade dlm HRM

1. Perkara asas jam:
Biasalah, mesti ada jam, alarm, kalender tu semua.

2. Stopwatch
Mmg fungsi ni ade pada setiap jam. Kalau xde, baik anda beli jam dinding dan gantung kt dada. Lagi murah..hehehe

3. Recovery heart rate:
Boleh cek berapa cepat jantung anda kembali ke normal selepas buat sesuatu aktiviti..Ia bertujuan utk melihat kondisi jantung anda. Kalau RHR (Recovery Heart Rate) anda rendah, ia lebih bagus.

4. Tetapkan Target Training Zone:
Ini penting.."Cardio Target Zone" ni adalah kunci dlm proses anda nk bakar lemak. So pastikan dalam range antara 60%-70% drp MHR. Bukannya peluh yg berjurai2. Kalau nk peluh banyak, lebih baik g sauna or dok dalam kete tgh2 panas dan jgn buka aircond

5. Fitness Buddies:
Ade jam yg boleh set utk tetapkan intensiti latihan. Kalau x smpai or terlebih drp THR, dia akan berbunyi. (nk lg bagus dia ketuk je kepala coz x paham2..hehehe)

6. Calorie Counter:
Ni korang expert. Xpyh citer panjang2 coz biasa korang buat. Amek gmbr jumlah kalori dan post kt media sosial.. kan.. kan.. kan.. hehehe

7. Coded Transmitter:
Jam yg bagus (mestilah yg mahal), dia ade kod sendiri agar x detect dgn org lain punya bacaan HRM. Kalau x, jam pun pening nak baca yg mana satu.

8. Speed and distance monitor:
Kalau anda pelari marathon or jarak jauh, jam ni mampu buat analis kelajuan dan jarak. Selalunya kena ade "additional tools" dia; GPS receiver. Tp kalau x perlu, x payah beli.

9. Digital interface:
Yg ni lg canggih, jam ni boleh "connect" dgn smart phone atau komputer utk download statistik latihan. Tp utk kita yg biasa2 je, perlu ke?

Rumusan
So ade banyak lagi kot..semalam ade beberapa org tanya mengenai jenama apa yg bagus..soalan tu subjektif nk jawab..kecuali sy jd DUTA sesuatu brand, sy akan citer yg BAGUS2 shj..cuma apa yg sy boleh katakan jenama POLAR mmg dibina sebagai HRM shj dan ianya digunakan di makmal utk ujian kecergasan (tu sebab design x cantik). Nak beli HRM, lihat dulu apa yg anda perlukan.

Pd sy yang paling penting adalah no 1-7. Yg lebih tu tengok keperluan anda.

~BAHAGIA JEMALI~

Sabtu, 17 Januari 2015

Jam Heart Rate Monitor

Jam Heart Rate Monitor

*sekiranya artikel ini membantu, sila share dan like fanpage My Bodywork sy.

Pd masa dahulu, jam ni x brapa ramai yg hirau. Tp sejak kebelakangan ni, ia menjadi satu fenomena baru dlm bidang fitness terutama pd org2 yg baru2 berjinak dlm aktiviti senaman.

Tp adakah anda tahu jam ni ade banyak fungsi. Ramai yg sy lihat, mereka menggunakan jam ni untuk melihat jumlah kalori yg dibakar pd satu hari sahaja dan PUBLISH KE MEDIA SOSIAL.. (betolkan..hehehe..) Adakah itu tujuan utamanya? Hmm..Skrg ni dh jd satu "trend masa kini" (mcm tema Maharajalawak Mega pulak)

Sebenarnya ada banyak fungsi, sy akan kupasnya esok. So tunggu..

~BAHAGIA JEMALI~

#bodynmindconnection
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Jumaat, 16 Januari 2015

Plateau

Dah buat training..
Dah diet mcm nk mampos..
Dah buat yg terbaik TAPI masih x kurus..

Kenapa?

Sebab PLATEAU. Program latihan perlu disusun dgn baik agar dpt terus memberikan kesan terhadap senaman. Itu dr segi FISIOLOGI, kalau dr segi PSIKOLOGI, ia disebabkan oleh STRESS.

Cmner nk kurus, STRESS je korang makan kan kan kan... (kantoiii)

~BAHAGIA JEMALI~

Sambungan Perbezaan AKTIVITI FIZIKAL, SUKAN fan SENAMAN

Sambungan semalam...

Memang ade perbezaan diantara SUKAN, SENAMAN dan AKTIVITI FIZIKAL. Sy bezakan ianya dr sudut KECEDERAAN kerana saya sering berjumpa dgn klien yg menghadapi kecederaan disebabkan tanggapan mereka yang salah

AKTIVITI FIZIKAL ini lebih berbentuk rutin harian anda. Badan anda akan "immune" dgn apa2 aktiviti harian yg anda lakukan. Jd kekuatan dan dayatahan kurang mendapat kesan di dalam kecergasan

Manakala SUKAN pula, anda lebih cenderung mendapat kecederaan kerana sukan seringkali dimainkan dgn pergerakan yg "explosive", penggunaan bhgn yg dominan sahaja spt cth bola sepak yg menggunakan kaki. Oleh itu risiko kecederaan sangat tinggi disebabkan oleh "overuse" dan "repeatedly"

Sekiranya kita melakukan SENAMAN, ianya 1 pgrm yg berstruktur, mengikuti prinsip latihan dan mengikut keperluan badan untuk mencapai objektif kita. Sekiranya anda menghadapi sakit lutut, anda masih boleh bersenam dan memilih senaman yg sesuai dgn kecederaan lutut anda dan menyesuaikan bebanan mengikut kondisi anda

Jd anda perlu faham, bersenam adalah untuk memenuhi komponen kecergasan berasaskan kesihatan untuk menjadikan anda lebih kuat dan bersedia (condition) sebelum melakukan apa2 aktiviti yg lebih "advanced" lg.

"Get FIT to play SPORTS
NOT
Play SPORTS to get FIT"

~BAHAGIA JEMALI~

Khamis, 15 Januari 2015

Perbezaan AKTIVITI FIZIKAL, SUKAN & SENAMAN

Apa beza SUKAN, SENAMAN & AKTIVITI FIZIKAL..

Sukan terbahagi kepada 2 iaitu
i- sukan prestasi tinggi
ii- sukan riadah

i- sukan prestasi tinggi lebih berbentuk kpd pertandingan dan mempunyai ganjaran/hadiah. Menggunakan kebanyakan komponen kecergasan berasaskan kemahiran, lebih kepada meningkatkan prestasi.

ii- sukan riadah adalah aktiviti sukan yg kita main secara suka2 dlm bentuk pertandingan. Bezanya tiada ganjaran/hadiah. Spt main badminton, futsal dan sbgnya

Senaman
Satu pergerakan yg berstruktur untuk memenuhi komponen kecergasan berasaskan kesihatan yang mengikut "dose2" yg tertentu. Lebih kepada memenuhi keperluan diri sendiri

Aktiviti Fizikal
Aktiviti harian yg dilakukan seperti memasak, jaga anak, bekerja dan sebagainya. Ia lebih dipanggil sebagai "rutin"..

So, apa perbezaan ketiga2 perkara ni? Tunggu esok sy jelaskan...

Ahad, 11 Januari 2015

Kekerapan Rawatan


Kenapa eh....
~Kalau pergi berurut, selalunya kena buat 3x
~Kalau pergi chiropractor, kena ambil package
~Kalau buat rehabilitation, kena buat beberapa sesi
~Kenapa semua x boleh buat dalam satu sesi?

Hmmm.. kerana manusia ciptaan Tuhan yang sangat kompleks. Dalam badan kita mempunyai pelbagai sistem spt sistem saraf, otot, hormon dan banyak lagi.

Jd rasionalnya rawatan kena berterusan adalah untuk mendapatkan kesan yang OPTIMUM. Saya melakukan rawatan sakit sendi otot, saraf dan psikologi. Itulah sebabnya rawatan perlu beberapa kali untuk mendapatkan kesan yang baik.

TAPI sayangnya bile klien mendapat perubahan sebanyak 70%-80% daripada sebelumnya, terus dia ingat another 20%-30% akan SEMBUH SENDIRI.

~BAHAGIA JEMALI~

Khamis, 8 Januari 2015

EMOTIONAL PAIN RELEASED

EMOTIONAL PAIN

Seorg klien dtg mengadu sakit pinggang. Jalan terhenjut2. Daripada jalannya dah seperti org tua. Bukan nk jalan shj sakit, tp nak bangun dan duduk pun sakit.

Sampai di bilik, sy pun mcm biasa, interview itu ini (mcm polis). Tapi sakitnya tidak berkurangan. So, kena buat treatment lain plak, sy menggunakan dirinya untuk memulihkan dirinya sendiri.

Alhamdulillah..selepas tu dgn izin ALLAH sakitnya recover dgn banyak.. Saya follow up keesokkannya dia bgtau 98% sakitnya hilang..

Rawatan perlu dilihat secara HOLISTIK dr segi FIZIKAL dan PSIKOLOGIKAL.

~BAHAGIA JEMALI~

Rabu, 7 Januari 2015

RAHSIA KURUS DIDEDAHKAN (Episod 3)


RAHSIA KURUS DIDEDAHKAN
Episod 3 (akhir..dh xde lg dh..ni bukan cinetron yg x abes2)

Otak kita ini sungguh LUAR BIASA dan mempengaruhi apa shj yg kita lakukan. Pernah dgr "MIND OVER MATTER"?

Kenapa PRODUK ni boleh menguruskan anda?
Sy pasti yg anda semua pernah mencuba lebih drp 2 produk dan kadang2 ia berjaya dan x berjaya. Semuanya bergantung kpd keYAKINan anda. Apa yg anda percaya..

Sy kongsi pengalaman sy, sy pernah berikan air kepada 10org klien sy (air susu biasa je) dan sy beritahu air ini adalah ramuan dicipta khas untuk mengecilkan tubuh badan. 8org drpnya sgt percaya dan apabila mereka minum, dgn izin ALLAH berlaku tindak balas terhadap dirinya (panas spt membakar) dan dlm masa seminggu beliau telah mengecil. Ajaibkan...

Sebenarnya tiada apa yg ajaib dan mustahil. Apabila anda PERCAYA yang anda boleh kurus dgn sesuatu perkara, semuanya boleh dicapai dgn mudah. Alangkah bagusnya anda "switch" kepercayaan anda itu dgn SENAMAN...

~BAHAGIA JEMALI~

+ Perlukan produk yg boleh membantu anda KURUS? Sila PM sy.

Selasa, 6 Januari 2015

RAHSIA KURUS DIDEDAHKAN (Episod 2)

Tahukah anda mengapa sesetengah produk kurus berjaya? Saya huraikan dari sudut psikologi.

STRATEGI
Semua produk telah diiklankan dengan beberapa strategi. Mereka menayangkan testimonial yg berjaya (tp ramai yg x berjaya) untuk mempengaruhi pelanggan.

TERPENGARUH
Pelanggan pula mudah terpengaruh dan YAKIN dgn produk tersebut. Apabila anda YAKIN, mmglah anda boleh kurus dgn mudah.. Spt cth, anda menonton cerita seram. Kita tahu cerita itu rekaan, tapi perasaan nervous, takot semua hadir semasa melihat wayang tersebut kerana TERPENGARUH dgn jalan ceritanya.

PRODUK A vs PRODUK B
Kita lihat pengedar sahaja, mereka juga bertukar2 syarikat atau produk.. Hari ni mereka jual PRODUK A dan mereka beritahu produk ini bagus tp bila "sales" dh kurang mereka bertukar kpd PRODUK B. Dulu dia ckp produk tu bgus, skrg produk ni plak bgus.

Jd, KEPECAYAAN anda mengenai sesuatu produk sangat memainkan peranan di dlm kejayaan anda.

bersambung ke episod 3

~BAHAGIA JEMALI~

+ Perlukan produk yg boleh membantu anda KURUS? Sila PM sy..

Isnin, 5 Januari 2015

POSTURAL ALIGNMENT

MILD SCOLIOSIS

*sekiranya artikel ini membantu, share kepada kawan2 yg lain agar tidak menderita sakit disebabkan kesalahan postur dan like fanpage saya My Bodywork

Sebelum memulakan rawatan, drp jalannya shj sy dh dpt agak dia ade sakit pinggang disebabkan jalannya spt org tempang. Semasa sesi temu bual, beliau nyatakan beberapa perkara yg sy detect ianya relate dgn EMOTIONAL PAIN

Jd selepas sesi temu bual, dgn izin ALLAH, sy berjaya released lbih kurang 50% drp kesakitan itu (tanpa sentuhan). Selepas itu, sy lakukan rawatan POSTURAL ALIGNMENT n MOVEMENT FUNCTIONAL dan Alhamdulillah beliau released sebanyak 90% dan dpt lihat posturnya hampir tegak. Jd, kecederaan ini boleh dirawat dan ianya mengambil masa.

Sy berpegang pd Hadith Al-Bukhari dan Muslim..
"Tidaklah ALLAH menurunkan sesuatu penyakit dengan ubatnya kecuali SAKIT TUA dan MATI"

~BAHAGIA JEMALI~

RAHSIA KURUS DIDEDAHKAN (Episod 1)

RAHSIA KURUS DIDEDAHKAN...
Episod 1

*sekiranya artikel ini membantu, share kepada kawan2 yg lain agar agar lebih "alert" dan like fanpage saya My Bodywork

Sy ceritakan dr sudut PSIKOLOGI. MINDA adalah satu kurniaan ALLAH yg sangat luar biasa. Bg sesiapa yg pernah menyaksikan filem LIMITLESS atau LUCY, otak kita berkemampuan melakukan apa sahaja dgn izin ALLAH..

Apa kaitannya dgn kurus?
Semua org ade kepercayaan masing2. Sy bg satu senario, katakanlah anda demam. Anda percaya apabila anda makan panadol, anda sihat. Tapi kepercayaan org lain berbeza pula. Ade yg x makan ubat, mereka berselubung sehingga peluh dan ada juga yg duduk dlm air cond dan akhirnya mereka juga sihat.

Skrg anda fahamkan.. KEPERCAYAAN adalah satu perkara yg sgt besar di dalam kehidupan kita. Sekiranya anda percaya anda boleh melakukan sesuatu perkara yg sukar, maka mudahlah ia dgn izin ALLAH

bersambung ke episod ke 2..

~BAHAGIA JEMALI~

#bodynmindconnection
#mindmanipulation
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation

Sabtu, 3 Januari 2015

POSTURAL ALIGNMENT

Transformasi Klien

POSTURAL ALIGNMENT & MOVEMENT FUNCTIONAL

Hari ni malas nk buat artikel. Cukuplah dgn apa yg disampaikan beberapa hari lepas. (Takut ade yang boring)

Ade beberapa orang yg PM sy dan tanya mengenai sakit mereka. Ada antara mereka mempunyai simptom2 yg sy nyatakan dahulu spt bahu senget, tangan besar sebelah dan sebagainya. Spt mana yg sy nyatakan, anda sedang "develop" sakit anda dan langkah pencegahan adalah sangat penting.

Jd hari ni sy nk share hasil kerja sy. Bile kita tgk gambar kartun or ilustrasi, kdg2 org x pcya.. So ni gambar REAL PUNYER..

Ini adalah gambar klien sy, beliau dtg mengadu sakit bahu dan pinggang. Apabila melakukan rawatan, dengan izin ALLAH badan beliau mula tegak dan duduk dalam jajarannya semula. Secara x langsung pernafasannya lebih dalam, sakit bahu hilang, kepala lebih lega kerana semua saraf dpt berfungsi dgn baik.

Apabila anda menghadapi SATU kecederaan, lebih baik ambil langkah pencegahan dengan cepat agar sakit anda tidak melarat ke tempat lain. Spt contoh klien ini, apabila sakit bahu yg terlampau, lama kelamaan pinggang pn menjadi sakit disebabkan oleh kedudukan postur yg tdk baik.

*gambar dimuat naik dgn kebenaran klien

"PREVENTION is better then CURE"

~BAHAGIA JEMALI~

Jumaat, 2 Januari 2015

POSTURAL ALIGNMENT

Muscle Imbalance (Ketidakseimbangan Otot)

*sekiranya artikel ini membantu, share kepada kawan2 yg lain agar tidak menderita sakit disebabkan kesalahan postur dan like fanpage saya My Bodywork

Sebelum sy mula tazkirah hr Hari Jumaat yg mulia ni..cuba cek diri anda sendiri..
+siapa tangan besar sebelah
+siapa bahu senget sebelah
+siapa kalau diri dlm keadaan biasa, telinga dan bahu x duduk dalam 1 garisan
+siapa yg xde 1 pn perkara diatas dia membohong dan sipu2 malu..

Boleh dikatakan seramai 90% org mengalami masalah ini, cuma samada mereka sedar atau tidak. Mari lihat gambar ni. Ini adalah disebabkan oleh kekuatan otot yg tidak seimbang. Otot disebelah kanan yang kuat td menarik tulang belakang ke sebelah kanan.

Jd, mcm mana dgn posture anda?.. mcm sy ckp.. hari ni anda tidak sakit atau anda rasa sakit sikit.. sekiranya anda tidak menghiraukannya, anda sedang "develop" sakit anda itu menjadi lebih kronik.

Apa yang anda lakukan pd hari ni adalah SAHAM untuk anda pd masa hadapan

"What you do TODAY resulted you in FUTURE"

~BAHAGIA JEMALI~

Khamis, 1 Januari 2015

POSTURAL ALIGNMENT

STRUKTUR TULANG BELAKANG dan KEPENTINGANNYA

+Apa effect posture ni kalau x betul?
+Sy main deadlift je..sy ok je skrg ni..x sakit pun malah sy rasa seperti SUPERHERO skrg ni...

Mari sy terangkan, knp BAHAGIA JEMALI ni asyik sibuk pasal posture.

Semua org diciptakan Tuhan dengan TULANG dan OTOT. Ia bagai isi dgn kuku, aur dgn tebing, lagu dan irama dan mereka bekerjasama bagaikan wonderpet.

Mari kita lihat, seorg pemain badminton mempunyai tangan yang besar sebelah (muscle imbalance) dan kalau buka baju didepan cermin COMFIRM bahu dan dadanya tdk duduk dalam satu garisan yg sama.

Itu bermaksud otot ditangan yg dominan sgt kuat sehingga merubah kedudukan tulang belakang. (Nanti sy tunjukkan gambar mengenai postor org yg mendapat mild scoliosis).

Hari ni sy nak sampaikan satu perkara penting..apabila struktur badan dah berubah (senget), pengaliran saraf terganggu dan dan lebih teruk lagi, ia akan mengganggu sistem otot, saraf dan juga organ.

Skrg mmg anda x rasa kesakitan itu, tp anda sedang DEVELOP kesakitan itu. Itulah sebabnya kdg2 anda berasa sakit dikepala, bahu, pinggang atau lutut.. Slps berurut, ia baik tp ia dtg kembali kerana STRUKTUR tidak dibetulkan.

Jd, worang jowo ngomong
"MEDICINE is the study of disease and what causes man to die, COMPLEMENTARY MEDICINE is study of health and what causes man to live."

*setiap bahagian ditulang belakang menyalurkan saraf ke tempat2 yg specific. Kalau "alignment lari" dibhgn lumbar atau sacral, x mustahil boleh jd "x power" bang oiii..

~BAHAGIA JEMALI~

#bodynmindconnection
#posturalalignment
#movementfunctional
#bahagiajemali
#mybodywork
#thisishybridnation